(HIBURAN) Filem “BOLA KAMPUNG THE MOVIE”

Spread the love

bola kampungGMO

Awal tahun 2013 dijalani dengan pembukaan tahun yang baik bagi pihak Animasia Studio. Bermula dengan pencalonan program animasi “Ask Lara” di International Emmy Kids Awards pada Februari 2013, antusias dan keyakinan untuk terus keluar dengan produk-produk yang bermutu buat khalayak terus memuncak.

bola kampungsmall

Bulan Mac ini Animasia Studio, bersama-sama dengan studio Young Jump Animation, bangga mempersembahkan Bola Kampung The Movie untuk tatapan mata khalayak. Berdasarkan siri popular Bola Kampung, filem ini adalah hasil gabungan bakat dan kerjasama antara dua studio animasi terunggul ini. Bola Kampung The Movie adalah filem pertama mereka, dan menandakan komitmen Animasia Studio dan Young Jump Animation untuk menghasilkan produk animasi yang berkualiti.

Bakal bertemu khalayak pada 21 Mac ini, pihak Animasia Studio dan Young Jump Animation berharap filem Bola Kampung The Movie akan mendapat sokongan umum yang kini dilihat semakin giat menyokong produk tempatan.

 bola kampung 2smallSINOPSIS :

Amanda, seorang puteri dari dunia permainan maya “Kingdom Hill” telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari sang wira bergelar “Suria Warrior” untuk menyelamatkan Kingdom Hill yang sedang diserang virus.

Setibanya di Kampung Gong Lechar, Puteri Amanda telah kehilangan ingatan dan berkawan dengan wira-wira Bola Kampung seperti Iwan, Azizul, Sabok, Kumar dan kawan-kawan. Iwan pula salah anggap Puteri Amanda adalah sepupunya yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan dan terus memperkenalkan Puteri Amanda kepada kawan-kawannya.

Tanpa disedari, seorang penjahat dari Kingdom Hill juga telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari dan membawa pulang Puteri Amanda.

Setelah beberapa hari, ingatan Puteri Amanda beransur pulih, sedikit demi sedikit. Puteri Amanda kemudian menyedari bahawa Sabok ialah Wira “Suria Warrior” yang dicari-carinya selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh penjahat itu dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.

Dalam masa yang sama, Kumar, yang merupakan saintis muda di kampung tersebut mendapati bahawa permainan maya Kingdom Hill telah diserang virus dan berkemungkinan bahawa virus sama yang akan mengancam keamanan Kingdom Hill.

Atas nama persahabatan dan kemanusiaan, Iwan dan rakan-rakan bersetuju membantu menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya. Iwan, Sabok, dan Azizul kemudian memasuki dunia maya, Kingdom Hill, dengan usaha untuk menyelamatkan Puteri Amanda, sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilus untuk menakluki kerajaan Kingdom Hill.

Di situlah bermula sebuah penggembaraan; penggembaraan yang pastinya harus ditonton oleh khalayak untuk mengenal sebuah ikatan antara persahabatan dan kekeluargaan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *