(HIBURAN) Filem Monsters University 2013

Spread the love

 

 

Monsters-University-2013-Wallpaper-HD-for-DesktopsmallFilem Monsters University 2013 adalah filem animasi komputer 3D yang dijangka bakal ditayangkan pada  20 Jun 2013 yang merupakan sekuel dari Monsters, Inc. Filem ini adalah filem ke 14 yang diterbitkan oleh syarikat produksi Pixar Animation Studios dan akan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Lebih dari 10 tahun dinantikan akhirnya muncul kisah baru dari monster raksasa Sulley dan monster bermata satu “Mike”. Namun ia bukanlah filem sekuel tetapi merupakan sebuah prekuel. Filem ini sekaligus menjadi filem prekuel pertama sepanjang sejarah penerbitan Pixar Animation Studio. Apalagi dengan jarak hampir 12 tahun, film ini boleh menjadi nostalgia yang menyeronokan untuk seisi keluarga menyaksikanya di pawagan.

monsters_university_2013-widesmall

Sinopsis

Kembali dengan prekuel “Monsters University”, filem ini berlatarbelakangkan sepuluh tahun sebelum “Monsters, Inc.”, mengisahkan James P. Sullivan dan Mike Wazowskibertemu di kolej dan berada dalam satu kelab fraterniti yang sama. Filem prekuelnya ini mengisahkan tentang kisah persahabatan antara Mike dan Sulley saat mereka masih berada di “University of Fear”. Mike Wazowski dan James P. Sullivan adalah pasangan yang tak dapat dipisahkan. Di saat kedua monster serasi tersebut bertemu mereka saling bergantung diantara satu sama lain. “Monsters University” membuka jalan bagaimana Mike dan Sulley mengatasi perbezaan mereka dan menjadi yang terbaik dikalangan teman-teman mereka.

Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2013
Bahasa: English
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Dan Scanlon
Pelakon: Billy Crystal, John Goodman, Steve Buscemi, Joel Murray, Sean Hayes, Dave Foley, Peter Sohn, Charlie Day, Frank Oz, Helen Mirren, Alfred Molina, Nathan Fillion, Aubrey Plaza


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *