Filem adaptasi novel terlaris di pasaran Buku Fixi bertajuk “Pecah” kini bakal ‘Kasi Pecah’ panggung. Filem arahan Asrulhisham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black ini bakal bersaing dengan filem terkenal antarabangsa yang turut ditayangkan pada minggu yang sama. Grand Brilliance begitu yakin pasti ramai peminat-peminat di luar sana akan memilih filem Pecah berbanding filem antarabangsa tersebut terutamanya dari kalangan pembaca buku Fixi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Pecah adalah Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular, ABP 2011), Sofi Jikan (Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular, ABP 2013), Tony Eusoff, Ako Mustapha dan Izreen Azminda.
Filem terbitan Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance ini akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 13 Jun 2013 ini. Segala informasi dan gambar filem Pecah boleh didapati di laman Facebook Page Filem Pecah dan OST Turun Dari Langit (Project Pistol) di laman Youtube Grand Brilliance yang kini juga bakal memasuki carta-carta radio tempatan. Ikuti juga perkembangan filem ini melalui akaun Twitter @PecahTheMovie untuk memenangi beberapa hadiah misteri.
Sinopsis
Kisah dibuka dengan flashback insiden bila Bakar yang sedang masuk ke rumah telah tersilap menyangkakan yang Sarah adalah isterinya Nora – Sarah dirogol oleh bapanya sendiri, Bakar. Sarah melahirkan anak haram Bakar tetapi nyawanya telah diambil sebagai ganti.
Kembali ke masa kini; di sebuah bank, satu rompakan sedang berlaku dimana Alan, Herman, Radi dan Don adalah perompak bersenjata itu. Dalam kekalutan mengambil wang dan peti ‘safe deposit’, Alan ditembak dan cedera. Walaubagaimanapun, semua perompak telah Berjaya melarikan diri dengan hasil wang rompakan sebanyak RM300,000.
Dalam masa yang sama, di Rumah Orang Tua Seri Memori kelihatan seorang pekerja wanita bernama Lydia sedang terkocoh-kocoh membantu Bakar yang pengsan dengan tiba-tiba. Bakar dibawa ke hospital.
Oleh kerana kecederaan Alan yang teruk, Herman selaku ketua kumpulan mencadangkan Alan dihantar ke hospital berdekatan dan dalam masa yang sama wang hasil rompakan disorokkan di dalam hospital yang sama dimana Bakar juga di bawa.
Pasukan polis pula telah mula menjalankan siasatan dan Inspektor Haikal diarahkan untuk mengetuainya. Kazim, pegawai bank disoal siasat tentang perkara ini.
Segala-galanya ‘pecah’ satu persatu.
Grand Brilliance juga bakal mengegarkan industri perfileman tanahair dengan beberapa buah filem terbaik mereka seperti Kil (30 Mei 2013), KL Zombi, Pencinta, Pengapit, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2, Anak Jantan, Sejoli dan Gila Baby. Filem 7.7.77 (arahan Raja Mukhriz) dan Showdown (arahan Khai M. Bahar) pula bakal menjalankan penggambaran.