Selepas berjaya mengarahkan sebuah filem terbitan Grand Brilliance iaitu ‘Penunggu Istana’, Wan Hasliza Wan Zainudin sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem ‘Love, Supermoon’. Selain daripada mengarah filem, beliau terlebih dahulu dikenali sebagai penulis skrip dan telah menghasilkan banyak drama-drama siri popular seperti ‘Keluarga Iskandar’, ‘Jodoh’, ‘Manis’, ‘Keluarga Karaoke’ dan lain-lain. Drama yang ditulis oleh beliau iaitu ‘Geng Surau’ telah memenangi Anugerah Drama Bersiri Terbaik’ di Anugerah Skrin 2011, manakala drama bersiri ‘Keluarga Iskandar’ telah menerima ‘Anugerah Drama Bersiri Terbaik’ pada Anugerah Lawak Warna 2013. Read more →
Tag: Grand Brilliance
(HIBURAN) ‘REMBAT’ MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA DAN SATU MALAYSIA
Menyedari semangat cintakan negara semakin pupus terutamanya di kalangan remaja, tiga syarikat produksi terkemuka di Malaysia telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan filem sebagai platform untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotik kepada semua lapisan masyarakat. Filem kolaborasi antara Grand Brilliance, Red Films dan Marna Films ini boleh dijadikan contoh untuk semua bahawa kelpebagaian kaum adalah sesuatu yang unik dan harus dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Filem arahan Shamyl Othman, nama yang tidak asing dalam dunia perfileman, akan menemui penonton-penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 8 Oktober 2015. Read more →
(HIBURAN) ‘GIRLFRIEND KONTRAK’ FILEM PALING ROMANTIK 2015 PERTARUHAN TERBAHARU GRAND BRILLIANCE
Grand Brilliance mempunyai rekod cemerlang dalam menghiburkan penonton-penonton dengan filem-filem romantik komedi yang berkualiti seperti ‘Istanbul Aku Datang’ dan ‘Sejoli’. Bagi meneruskan tradisi ini, Grand Brilliance akan menyajikan filem ‘Girlfriend Kontrak’ yang dijadualkan menemui penonton-penonton bermula 24 September nanti. Filem ini menjanjikan kelainan dengan sentuhan magis pengarah dari Australia, Virginia Kennedy. Read more →
(HIBURAN) Filem “Cicakman 3”
Dengan gabungan mantap barisan pelakon popular seperti Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz, garapan dua pengarah terkemuka tempatan Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar, serta kolaborasi studio-studio gergasi tanahair KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw; maka terhasilkan filem mega yang dinantikan ramai “Cicakman 3” yang bakal menggegar pawagam tidak lama lagi. Read more →
(HIBURAN) Filem “Mamak Cupcake”
Masih lagi segar dengan penghasilan filem komedi romantik terbaik Sejoli (Feb 2014), kini Grand Brilliance bakal kembali menayangkan sebuah filem terbaru, ‘Mamak Cupcake’! ‘Mamak Cupcake’ merupakan sebuah filem komedi romantik mengenai seorang waris muda yang beranggapan bahawa kejayaan tidak terletak hanya melalui tradisi keluarga akan tetapi melalui penghasilan cupcake yang cantik!