BAGAIKAN rutin tahunan, apabila tibanya bulan Ramadan kerjaya seni sesetengah artis direhatkan buat sementara waktu sambil memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah puasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian artis-artis tempatan mengambil peluang ini untuk menambahkan sumber pendapatan masing-masing. Read more →
Tag: Ako Mustapha
(HIBURAN) Filem ‘PECAH’..kasi pecah panggung
Filem adaptasi novel terlaris di pasaran Buku Fixi bertajuk “Pecah” kini bakal ‘Kasi Pecah’ panggung. Filem arahan Asrulhisham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black ini bakal bersaing dengan filem terkenal antarabangsa yang turut ditayangkan pada minggu yang sama. Grand Brilliance begitu yakin pasti ramai peminat-peminat di luar sana akan memilih filem Pecah berbanding filem antarabangsa tersebut terutamanya dari kalangan pembaca buku Fixi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Pecah adalah Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular, ABP 2011), Sofi Jikan (Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular, ABP 2013), Tony Eusoff, Ako Mustapha dan Izreen Azminda. Read more →
(SEMASA) BELIA HANGATKAN JOM HEBOH PUTRAJAYA!
Kemeriahan Karnival Jom Heboh diteruskan ke lokasi ketiga iaitu Putrajaya! Pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah serta kandungan program yang lebih segar dan menarik bakal berlangsung di sini selama dua hari (25 & 26 Mei 2013), khas sempena ulangtahun ke-11 Karnival Jom Heboh dan sambutan Hari Belia Negara 2013. Read more →
(HIBURAN) “Kerana Sarah” mengisi slot Azalea TV3
“KERANA SARAH” DERITA SEORANG WANITA
Cinta pandangan pertama di antara Sarah dan Emran berakhir dengan perkahwinan walaupun ikatan itu tidak direstui oleh keluarga. Mampukah sebuah ikatan perkahwinan tanpa restu keluarga membawa kebahagian di kemudian hari? Menyusuli “Debunga Lalang”, sebuah lagi drama berjudul “Kerana Sarah” mengisi slot Azalea mulai 7 Februari 2013 yang lalu, dibintangi oleh Rita Rudaini, Lisdawati, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Shakilla Khoriri, Katie Azian dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Temenggung Pictures ini diarahkan oleh Murali Abdullah manakala skripnya ditulis oleh Haida Mazni. Read more →