(HIBURAN) INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013

Spread the love

INFINITE_2

Kumpulan K-pop Infinite telah mengadakan konsert pertama mereka dalam siri jelajah dunia \’ONE GREAT STEP\’ di Olympic Park Gymnastic Stadium, Songpagu, Seoul. Konsert itu merupakan suatu kejayaan dengan mencatatkan kehadiran 13,000 peminat dari dalam dan luar negara. Infinite memberikan komen bahawa mereka gembira untuk memulakan siri jelajah itu dengan peminat-peminat mereka. Di konsert tersebut, mereka telah mempersembahkan tarian tersendiri mereka dan K-pop ‘ballad’. Mereka telah menghangatkan stadium dengan lagu-lagu hit mereka seperti “Destiny”, “Paradise” dan banyak lagi.

INFINITE_5

INFINITE menyatakan, “Secara rasminya kami telah membuat langkah pertama untuk jelajah dunia kami. Kami berasa sangat dihargai untuk meneruskan siri jelajah ini. Walaupun ia bukannya mudah, kami mendapat kekuatan dari peminat-peminat kami.”

Bermula dari Seoul, Infinite akan meneruskan siri jelajah dunia pertama mereka di Jepun, China, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Eropah.

2013-INFINITE-One-Great-Step-Concert-Malaysia-Poster

Jelajah Dunia Pertama INFINITE –

‘JELAJAH DUNIA PERTAMA INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013 di Malaysia’

bakal berlangsung di Malaysia pada 19 Oktober (Sabtu) di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Harga Tiket :

RM 683 (VIP – sit terhad),

RM 583 (Zon Rock – berdiri),

RM 583 (PS1 – sit terhad),

RM 483 (PS2 – sit bebas),

RM 383 (PS3 – sit bebas),

RM 183 (PS4 – berdiri)

Jualan Online bermula pada 26 Ogos (Isnin) via TiketCharge

(www.ticketcharge.com.my atau (603) 92228811)

 

(2013, Malaysia) – Kumpulan K-pop popular INFINITE akan mengadakan showcase mereka ‘JELAJAH DUNIA PERTAMA INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013 di Malaysia’ pada 19 Oktober (sabtu) di Stadium Negara. INFINITE akan mengadakan konsert bertaraf dunia dengan membawa produksi antarabangsa mereka untuk peminat-peminat di Malaysia.

INFINITE merupakan bintang besar dari Korea yang sedang berada di ambang populariti mereka sebagai ikon K-pop. Tujuh orang anak muda ini (Sung Kyu, Dong Woo, Woo Hyun, Hoya, Sung Yeol, L dan Sung Jong) telah membuat penampilan pertama mereka pada Jun 2012 dengan album mini pertama mereka <First Invasion> terus berada di tangga teratas carta. Pada 2012, Infinite menjadi makin terkenal dengan ‘Scorpion Dance’ mereka di ‘B.T.D’ dan semakin menjadi perhatian apabila memenangi anugerah muzik menerusi <Over The Top>.  Selepas dari itu,  mereka terus menerus membuat lagu-lagu hits seperti ‘Paradise’, ‘The Chaser’, ‘Man In Love’ dan banyak lagi.

Peminat dari seluruh pelusuk dunia amat mengagumi muzik dan persembahan vokal yang sempurna dari persembahan mereka secara live yang membuatkan mereka berbeza dari artis-artis K-pop yang lain. Pada 2012, Billboard.com telah memilih <The Chaser> sebagai K-Pop Song Of The Year. Mereka juga membuat kenyataan di dalam laman web rasmi mereka, bahawa INFINITE merupakan bintang yang meningkat naik dan menunjukkan peningkatan yang paling mendadak di Korea dan Jepun.

INFINITE sentiasa memberi kepuasan kepada peminat-peminat mereka dengan persembahan yang memukau dan penuh bertenaga. Infinite menyambut ulangtahun ke-3 mereka pada musim panas ini dan akan mempersembahkan muzik mereka ke serata dunia bermula di Seoul, Korea. Sehubungan dengan ini, ‘JELAJAH DUNIA PERTAMA INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013 di Malaysia’ akan dilangsungkan pada 19 Oktober di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Perjalanan mereka akan berterusan ke China dan banyak lagi negara-negara Asian. Siri jelajah ini akan berakhir pada hujung tahun dengan persembahan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah serta lain-lain.

IME Production merupakan lead promoter bagi JELAJAH DUNIA PERTAMA INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013 di Malaysia.

2013INFINITEOneGreatStepConcertMalaysiaSeatStagePlansmall

Jualan Online bermula pada 26 Ogos (Isnin) via TiketCharge

(www.ticketcharge.com.my atau (603) 92228811)

 

Tiket untuk JELAJAH DUNIA PERTAMA INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013 di Malaysia berharga :

 

  • RM 683 (VIP – sit terhad),
  • RM 583 (Zon Rock – berdiri),
  • RM 583 (PS1 – sit terhad),
  • RM 483 (PS2 – sit bebas),
  • RM 383 (PS3 – sit bebas),
  • RM 183 (PS4 – berdiri)

 

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman facebook rasmi INFINITE (www.facebook.com/ifnt7) atau laman facebook rasmi IME (www.facebook.com/imepmy)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *