(SEMASA) Eksklusif Bersama Anuar Zain

Spread the love

IMG_9930

Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar Park, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya majlis sidang media majlis makan Malam Jalinan Mesra  yang bakal dianjurkan oleh Kelab Sukan dan kebajikan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB). Majlis makan malam eksklusif Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain ini akan berlangsung pada 19 Oktober 2013 ( Sabtu ) bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam hingga 10 malam.

IMG_9921

Bagi anda yang ingin makan malam sambil menderma bersama penyanyi lelaki paling popular tanahair, Anuar Zain, ini merupakan satu peluang yang tidak boleh anda lepaskan. Tujuan utama majlis ini diadakan bagi mengutip dana untuk disalurkan krpada tabung Kelab Sukan dan Kebajikan KESPERB dan dana tersebut akan digunakan bagi segala aktiviti dalaman dan luaran kelab. Menurut pihak penganjur, tema yang dipilih untuk majlis makan malam eksklusif ini adalah “Eksklusif Bersama Anuar Zain” dan ia bertepatan kerana pada malam itu penyanyi tersohor negara itu akan bersama-sama dengan pihak penganjur menghiburkan para jemputan. Majlis ini juga mendapat kerjasama dari syarikat Sutera Qaseh Resources sebagai pengatur majlis pada malam tersebut. Penyanyi tersohor Anuar Zain akan mendendangkan sebanyak 5 hingga 7 buah lagu dalam tempoh persembahan yang berdurasi 30 minit, namun ia masih di dalam proses perbincangan bersama pihak penganjur. Semasa acara itu berlangsung, penyanyi Anuar Zain akan  beramah mesra bersama para peminat yang hadir dan pada mereka yang membeli meja PALTINUM, pihak pengurusan Anuar Zain dan penganjur menjaminkan satu sessi beramah mesra secara eksklusif bersama penyanyi tersebut. Konsep makan malam kali ini adalah intimasi dimana Anuar Zain akan menghiburkan peminat dan juga menjadikan makan malam ini medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama peminatnya, jelas Anuar Zain lagi.

AZsmall

Untuk tempahan meja, anda boleh hubungi Didi di talian 017-3577537, Imazara 017-4040001 dan pejabat 03-62064756. Menu pada malam tersebut adalah berkonsepkan makanan ala Cina. Harga meja bermula dari RM3,000 hingga RM30,000 untuk satu meja ( 10 orang)

 

Platinum : RM30,000 ( sesi eksklusif Anuar Zain bersama peminat )

Gold : RM10,000

Pandora :RM7,000

Swarovski : RM5,000

Silver : RM3,000


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *