iM4U, komuniti sukarelawan belia yang utama di Malaysia, menamatkan program jelajah ‘Reach Out Convention & Celebration 2015’ di seluruh negara bersama lebih 3,000 belia di Kuala Lumpur hari ini untuk meraikan semangat kesukarelawanan. Progam Reach Out, yang membawakan sesi ceramah interaktif oleh pakar motivasi tempatan dan antarabangsa bertujuan untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan rakyat Malaysia. Acara ini dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, mentor iM4U selaku Menteri di Pejabat Perdana Menteri. Read more →
Tag: jelajah
(SEMASA) JELAJAH RAJA SEHARI MEGA 2015
Pertubuhan Belia Wawasan Baharu sekali lagi akan menganjurkan program perkahwinan beramai-ramai pada tahun 2015 dengan menyasarkan seramai 400 pasangan yang akan dinikah dan disandingkan dalam satu majlis yang serba mewah dan meriah dengan kos yang paling minimum iaitu RM5000.00/pasangan. Jelajah Raja Sehari Mega 2015 merupakan rentetan kejayaan majlis yang telah diadakan di Putrajaya pada tahun ini dengan jumlah penyertaan sebanyak 73 pasangan daripada seluruh semenanjung Malaysia. Read more →
(SUKAN) SIRI JELAJAH MALAYSIA SUPERLAWAK FC 2014 BAKAL MENERJAH KE SELURUH NEGARA
Perjalanan SUPERLAWAK FC bermula pada tahun 2013 di mana mereka telah mengadakan beberapa sesi jelajah bolasepak di seluruh negara. Sambutan yang di terima dari para peminat SUPERLAWAK FC amat luarbiasa sekali. Lebih dari 75,000 peminat SUPERLAWAK FC telah datang untuk menyaksikan beberapa pertandingan bolasepak persahabatan di antara SUPERLAWAK FC dengan Pahang FC, Astro Arena FC, The Band FC, Veteran MPKU Kulai dan UiTM Lecturers. Read more →
(HIBURAN) JELAJAH AJL 28 RAIKAN PENONTON SETIA TV3
“Game On”! Anugerah Juara Lagu, acara hiburan terbesar anjuran TV3 yang dinanti-nantikan oleh para penggiat dan pemuzik tanah air bakal memperlihatkan pertarungan hebat 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari 2014 untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28). Read more →
(HIBURAN) OH MY ENGLISH! JELAJAH KE LUAR NEGARA DALAM TELEFILEM HELLO AMERICA
Astro akan membuka tirai tahun baru 2014 dengan menampilkan sebuah lagi karya telefilem istimewa daripada siri Oh My English yang difilemkan di Amerika Syarikat berjudul ‘Oh My English! – Hello America’. Telefilem ini akan disiarkan pada 15 Januari 2013, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135). Read more →