(HIBURAN) KANANG ANAK LANGKAU – Tokoh Pahlawan Iban Menentang Komunis

Apabila memperkatakan tentang sejarah tokoh-tokoh pahlawan negara yang menentang komunis, pastinya nama seorang individu iaitu Pegawai Waran 1, mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau antara yang menjadi sebutan kerana  keberaniannya menentang musuh-musuh negara.

Dikenali sebagai seorang tokoh pahlawan berketurunan Iban, nama mendiang turut tercatat dalam sejarah negara sebagai seorang insan yang begitu berani berhadapan dengan musuh demi menjaga kedaulatan negara.

Lantaran itu, syarikat produksi Tangan Seni Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang memaparkan kisah tentang perjuangan Kanang sepanjang menyertai angkatan tentera.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara (termasuk Brunei) pada 16 MAC 2017, filem berkenaan diarahkan oleh Bade Hj. Azmi dan diterbikan oleh Zainal Fikri Mohd. Dali menerusi syarikatnya, Tangan Seni Sdn. Bhd.

Filem ini berkisar tentang Kanang merupakan seorang Iban, satu bangsa pahlawan etnik yang tinggal di kawasan ulu pendalaman Sarawak, di Pulau Borneo. Sepertimana kepercayaan kaum Iban yang anak-anak mereka dibesarkan menjadi pahlawan, Kanang diajar oleh datuknya tentang selok-belok hutan. Kanang menjadi pemburu dan penjejak hutan yang hebat, sehingga boleh membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa, dan mendengar degupan jantung pokok.

Tahun 1965 adalah kemuncak pemberontakan Komunis di Malaysia; dan Sarawak juga terdedah kepada ancaman kekejaman Komunis. Tentera British telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan dan cuba menarik minat beliau untuk berkhidmat dan membantu menentang militan Komunis.

Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apabila beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker, sehinggalah dia menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia.  Kanang bersama platunnya banyak berjuang menghapuskan militan komunis yang semakin mengganas di seluruh negara dari tahun 1948 sehingga 1983.

Pertempuran sengit antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlarutan hingga ke Hutan Korbu dan Tanah Hitam di Perak. Semasa pertempuran di Tanah Hitam, Kanang telah ditembak sehingga beliau cedera parah, namun beliau terus gagah berjuang sehingga berjaya menumpaskan pengganas Komunis.

Sesuatu yang menarik tentang filem ini apabila watak Kanang telah dilakonkan oleh anak mendiang sendiri iaitu Langgi Anak Kanang selaku teraju utama serta beberapa pelakon popular lain seperti Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing, Ruzana Ibrahim dan ramai lagi.

Mula menjalani penggambaran pada bulan Februari 2014, antara lokasi yang menjadi pilihan untuk penggambaran ini antaranya seperti Taiping dan Ipoh di Perak serta Sri Aman dan Santubong, Sarawak selama 55 hari tempoh penggambaran.

Facebook:

https://www.facebook.com/kanangthemovie/?fref=ts

YouTube Trailer

https://www.youtube.com/watch?v=BCTTKw1Xizw

MAIN CAST & SUPPORTING NAME LIST  

KELUARGA KANANG ANAK LANGKAU
Kanang anak Langkau Langgi anak Datuk Kanang
Kanang anak Langkau (Muda) Ranger Mampi anak Limbi
Helen Latai anak Ini Livonia Guing
Helen Latai anak Ini (Muda) Cleopatra Bibi Limah anak Minggu
Anak Perempuan Kanang Barbra Esterina Beja
PLATUN
Lt Muda Johnson anak Meling Lt Hotin anak Lukong
Lt Muda Mohana Kumaran A/L Ragupatty Shanningavelu A/L Vellayah
Sarjan Ramli bin Othman Saiful Akmar Salim
Korperal Omar bin Awang Tengah Adi Putra
Korperal Mohd Nasir bin Mohd Nordin Aidil Aziz
Korperal Michael Riman anak Bugat Zach X-Factor
Lans Korperal Wan Shapuddin bin Abu Kassim Johan As’ari
Lans Korperal Abang Salleh bin Abang Morshidi Rosley Rusdi
Lans Korperal Rajagopal A/L Subramaniam Ramachandran A/L Sundaram
Ranger Mustafa Kamal bin Majid Adam Shahz
Ranger Kotap bin Buang Kamal Kamarudin
Ranger Muniandy A/L Govindaraju Sanpagan Sannasi
Ranger Ali bin Amit Ali Arami Adzahar
Ranger Zakaria bin Akop Muhammad Faiz
Ranger Baharuddin bin Yahya Sofian Bujang
Ranger Abdullah bin Chik Jay Iswazir
Ranger Mohammad bin Tisman (Semboyan) Taufiq Hanafi
Ranger Azman (Semboyan) Bonyca anak Chadat
Ranger Abdullah bin Harun Rahimizan bin Abdul Rahim
Ranger Rosli bin Md Isa Ahmad Rizal bin Mohd Fazil
Ranger Kanagasan Selvakumar A/L Monogran
PARTI KOMUNIS MALAYA
Nam Yat Jimmy Leong Siew Chai
Chin Hua Jerica Lai Siau Fwei
Senah Ruzana Ibrahim
Samy Joseph Abraham
TENTERA BRITISH
Captain Mike Ayota Ignas Versinkas
Commanding Officer Ted Moxham
British Officer Malcolm
Fighter Haris Hadra
Commando Philippe Michel Vigneron
Radioman Geoff Andre Feyaerts
Helicopter Pilot Robert Christopher Armstrong
Helicopter Co-Pilot Stefan Andreas Kunath
Helicopter Engineer Tom Hermanson Snickars
Colonel C. A. Loone Don Punea
Josephine Ummi ‘Aisyah Salim

PRODUCTION NAME LIST

PRODUKSI
Penerbit Eksekutif & Penerbit Zainal Fikri Mohd Dali
Line Produser Suria Zainal Taib
Mejar (B) Abd Rais Esa
Pengarah Filem Badaruddin Haji Azmi
Penulis Skrip Asal Asmira Suhadis
Olahan Skrip & Lakonlayar Badaruddin Haji Azmi
Penolong Pengarah I Dol Bin Baser
Penolong Pengarah II Kelvin Tea Qwe Fuh
Pengurus Produksi Zaidi bin Mat Zin
Penolong Pengurus Produksi Peter Khong Soon Um @ Nate
Ahmad Sufian bin Ismail
Rashid bin Ramli
Siti Zuraidah binti Jamri
Nor Aida binti Abdul Gafar @ Gafoor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *