(HIBURAN) Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

Spread the love

IMG_5890EDITSMALL GMO

TERBAIK..ungkapan yang sesuai bagi mengambarkan konsert solo mega pertama Anuar Zain selepas 30 tahun berada di dalam industri muzik tanah air. Lelaki yang menjadi kegilaan ramai peminat di Malaysia telah berjaya menghiburkan dan memukau lebih 6000 peminat yang memenuhi segenap ruang Stadium Malawati Shah Alam , Selangor sempena Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

Setelah bertungkus lumus hampir 4 bulan bagi menjayakan konsert pertama beliau ini, tenyata segala penat lelah beliau dan pasukan pengurusan serta pasukan produksi berbaloi. Meskipun peminat seakan-akan tidak puas menatap wajah dan mendengar alunan suara penyanyi ini selama 2 jam lebih, ternyata segalanya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada mereka. Peminat-peminat yang datang dari segenap pelusuk negara termasuklah dari Brunei, Indonesia dan Singapura serta tidak lupa kepada peminat istimewa Anuar Zain yang terbang dari Brazil memberikan satu letusan semangat buat penyanyi ini memberikan persembahan yang penuh bertenaga pada malam itu. Pada malam tersebut, peminat disajikan dengan tayangan video muzik sepenuhnya “Sempurnakan Aku” yang merupakan kesinambungan daripada video muzik terdahulu iaitu “Ajari Aku” disamping kejutan dari Anuar Zain apabila gandingan beliau dalam video muzik tersebut iaitu Nora Danish  muncul bergandingan dengan beliau semasa mengalunkan lagu “ Ajari Aku “. Kejutan tidak habis disitu sahaja, persembahan malam itu digegarkan lagi dengan penampilan istimewa 3 penyanyi yang mempunyai vokal yang amat mantap iaitu Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira Arul mengiringi persembahan Anuar Zain untuk lagu “ Cinta Harus Memiliki”. Anuar Zain menyanyikan hampir 21 buah lagu antaranya Bila Resah, Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta, Ketulusan Hati, Cinta Harus Memiliki, Sesuci Cintamu, Lelaki Ini, Sedetik Lebih dan banyak lagi termasuk lah beberapa medley secara acappella dimana salah satu lagu trademark hari raya beliau yang dinyanyikan secara spontan apabila diminta oleh peminat-peminat beliau di kawasan arena. Beliau juga tidak lupa menyanyikan lagu pertama beliau dikancah seni iaitu “Kain Pelikat” dendangan beliau dahulu bersama rakan duetnya Ellina dengan iringan penari cilik dari SWATARI DANCERS. Persembahan ini turut dibantu oleh penata cahaya yang baik yang disediakan oleh Steve Ho, serta klip-klip video serta visual gambar-gambar yang dipotretkan oleh saudara Amri Ginang disamping produksi konsert yang terbaik diketuai oleh Jennifer Thompson. Anuar Zain juga diiringi dengan okestra yang membariskan pemuzik handalan yang diketuai oleh pengarah muzik konsert, Mac Chew. Sekalung tahniah buat pihak pengurusan Anuar Zain Network dan saudara Sam Kassim kerana penjadi sebahagian tenaga pengerak untuk konsert ini.. Tahniah buat semua.


Spread the love

One comment on “(HIBURAN) Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

  1. wan an says:

    MEMANG TERBAEK….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *