(HIBURAN) Konsert Lagenda (Jelajah Rock)

Spread the love

Untitled

Idearts Creativo dengan kerjasama PLG (Park Lane Group of Company) bakal mengegarkan Malaysia dengan Konsert Lagenda (Jelajah Rock) tidak lama lagi. Dengan meletakkan barisan artis rock yang tidak asing lagi, Konsert Lagenda ini akan menjelajah ke seluruh Malaysia bermula Mei ini sehingga penghujung 2015. Antara barisan artis yang akan sama-sama dalam siri jelajah ini adalah Datuk Ramli Sarip, Awie, Mus May dan ratu rock Malaysia iaitu Ella. Selain dari mereka, Man Kidal akan turut serta dalam jelajah ini dan akan mengetuai kumpulan pemuzik sepanjang jelajah rock ini berlangsung. 

IMG_2753

Konsert yang bakal berlangsung selama 3 jam ini akan dimulakan di bumi kenyalang pada 31 Mei ini. Membuat pembukaannya di Stadium Tertutup Perpaduan Petrajaya Kuching, jelajah rock ini akan di teruskan pada minggu berikutnya ke Miri. Stadium Miri, Sarawak akan digegarkan oleh lagenda rock pada 6 Jun.

Jelajah rock ini akan diteruskan ke Semenanjung Malaysia selepas Aidilfitri. Bermula dengan Stadium Tertutup MPPG Pasir Gudang pada 30 Ogos dan akan diteruskan ke pandai timur pada 13 September di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan.

Sebelum mengakhiri sesi jelajah ini, lagenda rock Malaysia akan menemui peminat mereka di utara Semenjung pada 10 October. Menggunakan Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar sebagai lokasi ke 5 mereka. Konsert yang bakal berlangsung pada 17 Oktober memilih Stadium Tertutup Melawati Shah Alam sebagai lokasi terakhir Konsert Lagenda (Jelajah Rock).

Tiket konsert sudah boleh dibeli di ticket2u.biz.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *