(SEMASA) KONSERT MALAM AMAL BERSAMA 3 DIVA

Spread the love

COVER WEB LATESTLYcropMalam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal menyaksikan ketiga-tiga penyanyi legenda itu beraksi buat pertama kali di atas pentas sama.  Bersempena Hari Ibu, tiga biduanita negara ini  akan membuat penampilan istimewa dengan menghiburkan ibu-ibu tunggal di majlis Malam Amal Bersama 3 Diva nanti. Majlis penghargaan untuk kaum ibu itu dianjurkan oleh Kaizen Asia seiring dengan pelancaran produk kosmetik keluaran Kaizen Cosmetics yang diberi nama ‘Anje’. Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

COVER WEB LATESTLY

Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie Alias akan menjadi pengacara majlis bersama Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak) bakal menyerikan persembahan pada malam itu nanti. Harga meja yang dijual serendah RM1,500 hingga RM10,500. Tempahan boleh dibuat diwww.kaizen-asia.com atau menghubungi 03-6242-5104 atau 010-2454923 / 010-2454 781

KATEGORI MEJA - HARGA


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *