(HIBURAN) KONSERT METALASIA – THE RETURN OF METAL WARS : KALIFAH ALAM MAYA VS SILANTRA

Spread the love

The retrun of Metal warscrop

Kuala Lumpur, MALAYSIA – 30 Mei 2013: Setelah sekian lama menyepi, kumpulan terkenal metal tanah air Metalasia kini kembali dengan siri konsert mereka yang dahulu terkenal pada tahun 1999 iaitu Metal Wars. Kumpulan yang pernah memenangi album Hard Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 untuk album Silantra: Bermula Sebauh Epik juga tercalon untuk Susuanan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu 2004, akan menggegarkan tanah air dengan The Return Of Metal Wars – Khalifah Alam Maya Vs Silantra yang akan berlangsung pada 8 Jun 2013 (Sabtu) di Black Box Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur jam 8:00 malam pada harga RM 50.

296629_245824622117510_2236367_n

Buat jurung kalinya, Metalasia akan menampilkan dua vokalist dari dua album terdahulu mereka iaitu Kalifah Alam Maya yang dinyanyikan oleh CD Naz dan Silantra: Bermulanya Sebuah Epik yang dinyanyikan oleh Muix.

Atas permintaan dan desakkan oleh peminat-peminat setia Metalasia yang telah lama menggungu konsert Metalasia gabungan 2 vokalist dari 2 album terdahulu mereka, impian peminat setia Metalasia akan menjadi kenyataan pada 8 Jun 2013.

“Kami sudah lama mendengar pemintaaan & rayuan-rayuan peminat agar membuat sebuah konsert menggabungkan dua orang vokalist dari album terdahulu. Kini kami akan mempersembahkan kepada mereka nanti” kata King Shah guitarist utama.

Pada malam konsert itu nanti kedua-dua vokalist itu akan bergilir-gilir mempersembahkan lagu-lagu dari album Kalifah Alam Maya & Silantra: Bermulanya Sebuah Epik.

Konsert ini juga akan menampilkan 3 buah kumpulan metal sebagai pembuka tirai,sebelum Metalasia mengambil pentas pada malam itu nanti. Kumpulan tersebut adalah Sepatu 69, Kumpulan V dan Deja Voodoo Spells

Jadi, tandakan kalender anda pada 8 Jun 2013 jam 8:00 malam untuk konsert The Return Of Metal Wars yang jurung kali menampilkan dua vokalist dari kedua-dua album Metalasia.

 The retrun of Metal warssmall

Metalasia dianggotai oleh:

Muix – Vokal

King Shah – Gitar

Ritz – Gitar

Wan Brakar – Bass

Sam Maya – Dram

 

Vokalist Jemputan:

CD Naz – Vokal album Kalifah Alam Maya

 

 

Butiran Konsert:

Tarikh: 8 Jun 2013, Sabtu

Tempat: Black Box Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur

Masa: 7:00 mlm – 12:00 malam

Harga Tiket: RM50 boleh didapati di pintu masuk Black Box pada hari konsert tersebut

 

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:  

012-3119311

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *