(HIBURAN) Filem ‘Tokak’ bakal menggigit!

Spread the love

IMG_3490

CERITA seram komedi bukan lagi asing buat penonton di pawagam, namun karya sulung terbitan MAR Energetic Industries Sdn Bhd berjudul Tokak lain daripada lain. Kelainannya apabila pengarahnya, Sabree Fadzil mengetengahkan kisah `tokak’ yang belum pernah diketengahkan dalam layar perak sebelum ini. Istilah ‘tokak’ membawa maksud ‘gigit’ di kalangan masyarakat Melayu Kedah. Filem Tokak mengisahkan `jelmaan puaka’ yang mahu menghisap darah gadis muda untuk memulihkan wajahnya sebagai manusia biasa.

TOKAKsmall

Tokak menemui penonton di 40 pawagam seluruh negara pada Khamis, 20 Jun 2013. Ia diletak klasifikasi 13PL. Skripnya dihasilkan oleh Isha MJ.

Biarpun dilihat mengambil langkah cukup berani apabila menampilkan pelakon kurang dikenali, malah produsernya yang juga Pengarah Urusan, MAR Energetic Industries Sdn Bhd, Datuk Marina Mahammad juga memberi kepercayaan kepada Sabree yang belum lagi teruji kemampuannya di layar perak. Sebelum ini, Sabree pernah mengarahkan filem Datin Ghairah.

Bagaimanapun, filem Tokak tidak mengecewakan. Menelan belanja sebanyak RM1.5 juta dan menjalani penggambaran sekitar Kemensah, Hulu Klang dan Port Dickson, Negeri Sembilan sekitar Mac 2011, filem Tokak dapat disiapkan seperti yang dirancang.

Selain Sabree sebagai Iskandar, filem Tokak menampilkan Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz (Raja Lawak 4), Julia Ziegler, Abon, Keena (Mentor 3), Kazar, Lana Nordin, Latip Borgiba, Mikael Andre, Shuba Jay, Zainal Fitri, Baby Asyira, Ben Kanobi, Yusrizal, Isha MJ, Joey Daud dan Zul Saila.

Marina berkata, filem Tokak adalah seram komedi ringan yang ringan dan santai yang sesuai ditonton seisi keluarga. Ia tidak memerlukan penonton berfikir apa yang berlaku. “Saya mahukan penonton terhibur apabila menonton Tokak. Filem ini memiliki unsur seram dan dalam masa yang sama, boleh membuatkan penonton bergelak ketawa.

“Saya lebih suka mengambil pendekatan menyajikan filem yang mengikut kehendak penonton. Saya melihat filem seram komedi menjadi pilihan penonton, mereka tidak mahu filem berat dan harus memerah otak.

“Saya juga beranggapan tidak timbul isu barisan pelakon yang membintangi filem Tokak bukan terdiri daripada nama-nama popular. Sama ada, seseorang itu popular atau tidak, itu bukanlah penentu kejayaan sesebuah filem. Lakonan berkesan, disokong plot yang menarik merupakan intipati kejayaan sesebuah filem,” katanya.

Selain itu, MAR Energetic Industries Sdn Bhd mengadakan cabutan bertuah buat penonton bertuah. Hadiah lumayan yang menanti penonton merupakan tiga buah motosikal.

Penonton hendaklah menghantar bersama lima keratan tiket filem Tokak dan hantarkan kepada – P.O Box: MAR ENERGETIC INDUSTRIES SDN BHD,PETI SURAT 71,POS MALAYSIA KUANTAN,25700 KUANTAN,PAHANG. Sila sertakan – Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Alamat dan Telefon.

 POSTERsmall

SINOPSIS

Ia mengisahkan pengurus hotel, Iskandar yang menjumpai kotak misteri ketika berjoging di tepi pantai. Apabila Iskandar membuka kotak misteri itu, satu roh jahat meresapi tubuhnya. Itulah jelmaan puaka dari Sungai Raya itu terlepas daripada sumpahan dan memasuki tubuh Iskandar.

Bagi memulihkan rupa Iskandar seperti sedia kala, dia disyaratkan untuk membunuh dan menghirup darah enam wanita yang melakukan kemaksiatan dalam tempoh satu malam iaitu bermula dari azan Mahgrib sehinggalah azan Subuh.

Insiden itu menyebabkan beberapa kejadian pelik berlaku di hotel yang dikendalikan Iskandar. Pengunjung hotel diganggu makhluk halus. Makhluk itu menokak wanita yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Ada antaranya meninggal dunia akibat ditokak makhluk itu.

Bagaimanapun, kemunculan Ustaz Haikal untuk mencegah perbuatan itu berjaya menyelamatkan tunang Iskandar daripada menjadi mangsa tokak yang terakhir. Iskandar dapat diselamatkan dan kotak misteri itu dicampak ke laut oleh Ustaz Haikal.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *