(HIBURAN) Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB)

Spread the love

bowl 2

Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB) yang telah berlangsung pada malam Ahad yang lalu (19 Mei 2013) menyaksikan 3 peserta tercorot, Kelawak (Raja Azura), Tocai (Senario) dan Big Too (Sabri Yunus) meninggalkan pentas BMB. Dengan itu, BMB turut mengumumkan Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Bowl (Afdlin Shauki) melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal bersaing dengan 3 peserta terbaik daripada Kumpulan B. Selain itu, konsert BMB semalam juga meraikan hari jadi sifu Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail dan juga Mazlan Senario (hari jadi Lan terjatuh pada 20 Mei).

 BMS sukusmall

 

Fakta Menarik:

 

1.Konsert Penentuan Kumpulan A telah menyingkirkan Kelawak (195.4 markah), Tocai (206.88) dan Big Too (214.42) manakala Achey (300.03), Tapaw (238.13) dan Bowl (215.14) melangkah ke pusingan ke-2 (separuh akhir).

 

2. Juara untuk konsert ke-4 Kumpulan A merupakan Achey, anak didik kepada Harun Salim Bachik dengan 77.8 markah, markah keseluruhannya 300.03. Achey telah memenangi sebuah kamera Canon ixus 135

 

3.. Big Too hanya ketinggalan 1 markah untuk mara ke pusingan seterusnya.

 

4. Walaupun ketinggalan, semangat tinggi yang ditunjukkan oleh Kelawak, Tocai, Big Too dan Bowl dalam mempelbagaikan dan mewarnai persembahan menerima pujian daripada sifu masing-masing dan juga barisan juri professional.

 

5. Semalam, BMB meraikan hari jadi Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki dan FBI (hari jadi 19 Mei) serta Lan Senario (birthday 20 Mei)

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *