Tag: Bintang Mencari Bintang (BMB)

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : BOCIK, ACHEY, TAPAW & TITAN MARA KE KONSERT AKHIR

Titan, Bocik, Achey & Tapaw berentap di konsert akhir BMB

Selepas hampir 3 bulan berentap di pentas Bintang Mencari Bintang (BMB), akhirnya hanya tinggal Bocik & Bowl (Afdlin Shauki), Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Titan (Sabri Yunus) untuk merebut tiket ke Konsert Akhir BMB yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 Jun 2013. Konsert separuh akhir ke-3 BMB menyaksikan Bocik, Achey, Tapaw dan Titan melangkah ke peringkat akhir sekaligus berentap untuk merangkul gelaran juara BMB dan hadiah wang tunai sebanyak RM 200,000. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : Tiada Penyingkiran Di Separuh Akhir Ke-2

Kelima-lima anak didik mara ke separuh akhir ketiga setelah tiada penyingkiran pada minggu lalu

Program realiti Bintang Mencari Bintang melakukan kelainan apabila tidak ada penyingkiran berlaku di akhir program konsert separuh akhir kedua semalam. Sementara itu, anak didik Afdlin Shauki, Bochik mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya memikat juri profesional, undian SMS dan juri awam dengan mendahului markah keseluruhan tertinggi 68 markah. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian. Read more →

(HIBURAN) Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB)

bowl 2

Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB) yang telah berlangsung pada malam Ahad yang lalu (19 Mei 2013) menyaksikan 3 peserta tercorot, Kelawak (Raja Azura), Tocai (Senario) dan Big Too (Sabri Yunus) meninggalkan pentas BMB. Dengan itu, BMB turut mengumumkan Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Bowl (Afdlin Shauki) melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal bersaing dengan 3 peserta terbaik daripada Kumpulan B. Selain itu, konsert BMB semalam juga meraikan hari jadi sifu Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail dan juga Mazlan Senario (hari jadi Lan terjatuh pada 20 Mei). Read more →