(HIBURAN) Konsert VOKAL musim ke 2 – Giliran Uchop, Anjun, Abang, Adli, Syahz dan Yus Berentap!

Spread the love

Sehebat Mana Vokal Finalis Lelaki?

Shah Alam, 28 November 2012 – Konsert mingguan VOKAL 2 yang lalu telah menyaksikan pertarungan 5 finalis wanita di mana Nadeera, Fatin, Bella dan Mar berjaya mara ke pusingan seterusnya manakala Nasuha telah disingkirkan. Minggu ini, giliran kumpulan lelaki yang terdiri daripada Uchop, Anjun, Abang, Adli, Syahz dan Yus pula berentap untuk memikat juri tetap, Dato’ Hattan dan Ziana Zain serta meraih undian SMS daripada peminat dan penonton di rumah.

 

VOKAL…Bukan Sekadar Rupa musim ke-2 bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam menyaksikan 11 finalis bertanding untuk merebut gelaran juara VOKAL 2 serta memenangi hadiah wang tunai RM 100,000!

 

Penerbit VOKAL musim kedua, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) berkata, “VOKAL muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta menjadi ukuran untuk berjaya. Namun, perjalanan untuk menempa nama di persada seni bukanlah semudah yang disangkakan. Kesemua finalis yang bertanding tidak harus leka dan perlu memberikan persembahan terbaik setiap kali berada di atas pentas kerana tiada lagi peluang kedua selepas kalah mati di pentas VOKAL.”

 

Bagi musim kedua ini, VOKAL menampilkan penyampai radio popular, Faizal Ismail sebagai pengacara program dan ‘Rutin Vokal’. Tenaga pengajar VOKAL seperti Azmeer dan Mas Idayu akan terus kekal sebagai Penasihat Vokal dan persembahan, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Profesor Izzi Haji Ali bertindak sebagai  Penasihat Motivasi.

 

Di samping itu, penonton juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat peserta VOKAL 2 menerusi RUTIN VOKAL yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Rabu pada jam 6.00 petang. Menerusi ‘Rutin Vokal’ penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang terjadi ketika mereka menghadiri kelas vokal yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas VOKAL.

 

Kini memasuki minggu keenam dimana giliran 6 finalis lelaki mempamerkan kehebatan mereka untuk merebut peluang mara ke pusingan seterusnya. Tirai persembahan konsert mingguan VOKAL dimulakan oleh Yus dengan lagu Jamal Abdillah “Ghazal Asmara” dan diikuti oleh Anjun dengan lagu “Aku Yang Tersakiti’ nyayian asal Judika. Finalis lelaki ketiga, Syahz mempertaruhkan lagu “Muara Hati” yang dipopularkan oleh Hafiz dan Dato’ Siti Nurhaliza manakala finalis keempat Uchop pula mencuba nasib menerusi lagu To’ki “Biasan”. Pentas VOKAL 2 dihangatkan lagi dengan persembahan oleh Adli dengan lagu “Nakal” nyanyian asal Gigi diikuti dengan finalis terakhir Abang yang akan membuat penampilan menerusi lagu popular Yuna “Dan Sebenarnya”.

 

Seperti minggu lepas, 3 finalis lelaki yang mendapat markah paling rendah perlu mengharungi pusingan ‘battle’ dengan mempersembahkan lagu kumpulan Spider “Tapi Bagaimana’ untuk merebut peluang terakhir supaya kekal bertanding di atas pentas VOKAL musim ini. Siapakah yang akan terselamat dan berapa orang finalis yang bakal tersingkir? Keputusan muktamad terletak dalam tangan juri tetap Dato’ Hattan dan Ziana Zain.

 

VOKAL masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Untuk yang mengundi hanya perlu menaip VOKAL/VOKAL5 <jarak> nama peserta dan hantar ke 33399. Setiap SMS dikenakan caj sebanyak 50sen.  Juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.

 

Program realiti VOKAL musim ini juga memberi peluang buat mereka yang terlepas peluang menyertai program nyanyian ini dengan menyertai peraduan ‘JUARA VOKAL ONLINE’. Penyertaan yang dibuka kepada semua ini hanya memerlukan mereka menghantar URL video nyanyian mereka kepada laman sesawang rasmi VOKAL. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini, sila melayari laman sesawang rasmi VOKAL di www.tv3.com.my/vokal2 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

 

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda besama Vokal..Bukan Sekadar Rupa musim kedua yang diterajui oleh Penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) dan Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Isa setiap hari Rabu, jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Bagi peminat di luar sana, jangan lepaskan peluang  hadir beramai-ramai ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk menyokong peserta-peserta kegemaran anda.

Penonton yang terlepas menyaksikan Vokal..Bukan Sekadar Rupa boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter @ TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *