(HIBURAN) KUMPULAN METAL MEGADETH GEGARKAN MALAYSIA DI BULAN MEI !

Spread the love

Dianggotai empat figura terhebat yang telah mempopularkan genre muzik  thrash metal, Megadeth akhirnya mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia!

Dianjurkan oleh IME Malaysia, Megadeth Live In Malaysia akan menggegarkan Stadium Negara pada Khamis Mei 4 jam 8 malam.

Ditubuhkan pada tahun 1983, Megadeth memperkenalkan genre terbabit  menerusi album pertama mereka yang diiktiraf sebagai Album Thrash Metal  Terhebat Sepanjang Zaman.

“Kuala Lumpur adalah tempat yang kami sentiasa mahu membuat  persembahan apabila kami menjelajah Asia,” demikian kenyataan  pengasas bersama dan juga ketua kumpulan berkenaan, Dave Mustaine  yang dipetik dalam satu temubual baru-baru ini.

“Mereka akan membenarkan kami membawa jenama muzik thrash kami ke sana dan ia adalah sesuatu yang tidak wajar dilepaskan,”katanya.

Siri jelajah ini adalah bersempena dengan kemunculan album terbaru  mereka, Dystopia selepas tiga tahun tanpa album baharu. Ini juga adalah  album kelima belas daripada mereka.

Pengkritik muzik rock dan peminat memuji album Dystopia dan  menyifatkannya sebagai hasil paling berjaya daripada salah satu band yang  paling sinonim dengan genre muzik berkenaan.

Album tersebut mendapat pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori  Persembahan Metal Terbaik 2017. Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual  dalam masa satu minggu, Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta  Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber. Ini juga adalah  pencapaian tertinggi yang pernah diraih band ini sejak 1992 untuk  Countdown to Extinction yang berjaya menduduki tempat kedua di dalam  carta terbabit.

Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Album Metal  Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone. Selain daripada Dave Mustaine  yang juga vokalis serta pemain gitar utama kumpulan berkenaan, kumpulan  itu turut dianggotai David Ellefson yang bermain bass, Kiko Loureiro sebagai  gitaris dan juga pemukul dram Dirk Verbeuren.

Sepanjang tiga dekad lalu, Megadeth telah menjual lebih 50 juta album di  seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan  Grammy serta dianugerahkan dengan anugerah platinum untuk lima album  berturut-turut.

Tiket untuk menyaksikan Megadeth Live di Malaysia berharga RM428 (Deth Pitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358  (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan  RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ) boleh didapati menerusi TicketCharge  online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811. Peminat Megadeth just dapat membeli tiket dari outlet tertentu  Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts,  kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate

(Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket akan mula dijual pada  10 Feb 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST  tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook,  @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di  WeChat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *