(HIBURAN) KUMPULAN ViRAL  DALAM  DUNIA  SENI TANAH AIR

Spread the love

dav

dav

Kumpulan ViRAL  Sebuah kumpulan  yang dianggotai  oleh   dua  ahli  iaitu  sepasang kembar yang berumur 20 tahun, Amzar (Abang) dan Amsyar (Adik). Mereka berdua membawa personaliti yang berbeza, Amzar membawa personaliti yang peramah dan periang manakala Amsyar membawa personaliti  yang pendiam dan pemalu  Mereka berasal dari Kuantan dan memulakan karya mereka sebagai ahli muzik sejak mereka berumur  15 tahun.  Bakat mereka disunting oleh DJ Fuzz apabila mereka memuat naik satu video cover “Nana Sheme –  Hantu Atau Buaya” di Instagram pada tahun 2015. Selepas itu, DJ Fuzz membawa mereka menjadi artist di bawah naungan Octave Records.

sdr

sdr

Selain itu,   wajah  mereka tidak  asing bagi  penduduk  sekitar Kuala lumpur   kerana mereka  selalu  melakukan  aktiviti   “Busking”  atau  lebih  dikenali  sebagai pemuzik  jalanan. Tambahan pula, Amsyar dan Amzar aktif melakukan persembahan di majlis-majlis dan sering bergiat   dalam   arena   Bawah  Tanah   (underground)di   Senyap  The   Hub   pada   tahun 201O.Menjelang tahun  2015, kumpulan ViRAL melancarkan sebuah lagu kolaborasi bersama Zahid AF yang berjudul “Biasa” dan lagu mereka mendapat sambutan yang positif di radio-radio tempatan dan berjaya mendapatkan tempat di hati pendengar.

Dengan   sambutan    yang   menggalakkan,    kumpulan    ViRAL  telah   melancarkan    single pertama    hasil  ciptaan   mereka   dan   DJ FUZZ berjudul    “Buat   Macam   Ni”,   Juga  menerima sambutan   yang positif  ,dan baru -baru   ini kumpulan  ViRAL telah  mengeluarkan   satu  lagi single terbaru   yang  berjudul   “Sentuh   Hatiku” yang    masih  di  dalam   promosi.   Kumpulan   ViRAL juga banyak melakukan   kolaborasi   dengan   artis-artis   tanah   air  seperti,   Tasha  Mansahahar,    Wan Azlvn. lawa  Nie Geng, Wani  Kayrie  dan banyak lagi.

dav

dav

Mereka  juga  sangat aktif  dalam  mencipta  dan menulis  lagu-Iagu di bawah  bimbingan   DJ FUZZ,  lagu -Iagu  yang  telah  di tulis  oleh  mereka  seperti   Raqib ft Waris ( Subhanallah ) Ernie Zakri (Jangan Marah) Nanasheme (Soleh Blah) Farah Farhanah (Sampai Jannah) ,mereka juga mencipta  lagu -Iagu  tema seperti  “Anugerah Meletop”,”   Agetech”,  iaitu produk  kecantikan dalaman dan luaran” Kami Gempak Superstar”yang dinyanyikan oleh Adira AF untuk rancangan tv “Gempak Superstar”.

Pada tahun 2016, tahun rezeki bagi kumpulan ViRAL kerana berjaya menyiapkan album sulungnya yang diberi nama Sentuh Hatimu.  Pilihan nama Sentuh Hatimu ditujukan khas buat pendengar-pendengar  dan  peminat-peminat  yang berada  diluar  sana dengan berlandaskan lagu-Iagu yang telah dicipta dan dikompos khas oleh kumpulan ViRAL sendiri. Ini salah satu pendekatan kumpulan ViRAL bersama peminat-peminat  di luar sana dan juga dalam industri rnuzik tanah air. Album sulung ini mengandungi Sembilan(9) buah lagu.

sdr

sdr

Dalam sembilan(9) buah lagu yang dimuatkan dalam album ini, lagu Sentuh Hatiku di ketengahkan sebagai single kedua dari  kumpulan  ViRAl. Sentuh Hatiku ini juga mendapat  sentuhan  dari artis  baru  iaitu  Zah Amirul.  Oengan penerimaan  positif  dari  pendengar-pendengar  diluar  sana, Sentuh  Hatiku mendapat  eksklusif video  karaoke di  RedBox selama sebulan. Selain single keduanya itu, beberapa lagu yang lain juga mendapat sentuhan dan kerjasama dari kumpulan lawa Nie Geng dan pastinya dikomposkan oleh Dj Fuzz. Lagu-Iagu yang terdapat  dalam album ini ada semua berkonsep pop-melayu yang “catchy” dan jazz yang mudah di dengar oleh pendengar­ pendengar rnuzik di Malaysia.  Untuk menyiapkan sebuah album Sentuh Hatimu ini, kumpulan ViRAL mengambil masa kurang lebih satu tahun.

Album  sulung Sentuh  Hatiku  dipasarkan melalui edaran label Suria Records Sdn. Shd. Kumpulan ViRAL mengharapkan lagi banyak sambutan yang positif , jikalau tuah ViRALberjaya menapak di tapak yang besar dan luas maka lapang lah seluruh hati pendengar .


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *