(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa Bersama Ery Ma’arof & Pasaraya TLC

Spread the love

IMG_8602reszizeGMO

Bertempat di Pasaraya TLC , One Shamelin Shopping Mall telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama penyanyi Ery Ma’arof. Majlis yang mendapat tajaan pihak pasaraya besar TLC, K City Family Karaoke serta Aras Iriaz Entertainment ini turut sama menjemput para pelanggan bertuah serta anak-anak yatim dari rumah kebajikan Mary Setapak,Kuala Lumpur. Di majlis ini, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya majlis berbuka puasa bersama Ery Ma’arof dan artis naungan beliau iaitu Mazlan Hamzah serta diikuti dengan selingan acara nyanyian mereka berdua disamping acara cabutan bertuah hadiah-hadiah sumbangan  Pasaraya TLC, K City Family Karaoke ,  Aras Iriaz Entertainment dan banyak lagi. Hadiah-hadiah disampaikan oleh pengurus besar pasaraya TLC iaitu Mr Stanley Yee dan pengurus pasaraya TLC One Shamelin Shopping Mall iaitu Ms Selina Mok serta dihadiri oleh Mr. Patrick Chan yang mewakili K City Family Karaoke .

ERY TLCsmallIMG_8569gmo

SAARI AMRI & Fida Ibrahim

Ery Ma’arof atau nama sebenar Daing Zairi Ma’arof, 28, muncul dengan single pertamanya bertajuk Astaghfirullah Al Azim yang berkonsepkan pop ketuhanan. Jika single pertama saya memilih untuk mencuba lagu berunsur ketuhanan, untuk single kedua yang bertajuk Melukis Awan pula saya memilih untuk mencuba genre muzik pop tambah Ery Ma’arof lagi. Pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor masih ingin mengekalkan tanggungjawab dan tugas beliau sebagai pendidik, namun beliau percaya bahawa industri ini masih boleh menerima kehadiran beliau. Anak didik komposer terkenal iaitu SAARI AMRI ini juga berbakat dalam penghasilan lagu dan lirik di mana ia merupakan hobi beliau semenjak remaja lagi. Di samping mengubah lagu dan lirik untuk diri beliau sendiri, Ery Ma’arof juga mencipta lagu untuk artis di bawah naungan beliau dan syarikat pengurusan  Aras Iriaz Entertainment iaitu penyanyi  Mazlan Hamzah dan beliau berharap dapat mencipta lagu untuk artis-artis tempatan lain juga. Bercakap mengenai artis yang dalam perancangan beliau untuk menyanyikan lagu ciptaan beliau, Ery menyatakan , beliau meminati penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim dan berharap mereka berdua berpeluang untuk berkolaborasi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *