(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem ” Hantu Kapcai “

Spread the love

Pada tanggal 25 Sept 2012, bertempat di Cineleisure Damansara, telah berlangsungnya majlis pra tonton filem Hantu Kapcai edaran United Studio (anak syarikat KRU Malaysia Sdn Bhd). Filem arahan saudara Ghaz Abu Bakar ini bakal menemui penonton bermula 27 Sept 2012 dan bakal ditayangkan serentak di pawagang-pawangan di Malaysia dan Brunei. Filem yang dibarisi oleh nama-nama hebat seperti Zizan Razak, remy Ishak, Fizz Fairuz dan Neelofa ini sangat menghiburkan para media dan juga jemputan dengan lawak jenaka yang mencuit hati dan sarat dengan mesej positif ini. Jadi kepada peminat-peminat filem tempatan, pihak Galaksi Media Online (GMO) amat berharap anda semua menyokong industri filem tempatan.
Bintang : 4/5 Bintang
Pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik sekitar majlis pra-tonton tersebut
kredit gambar : FAP Images 

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang Ajib (Zizan) seorang mat rempit yang mempunyai masalah kewangan. Dia cuba menyelesaikan hutangnya dengan memasuki perlumbaan haram. Namun sayangnya, dia mati ketika perlumbaan selepas dicabar oleh musuhnya Tiger (Remy).

Saksikan filem aksi komedi seram “Hantu Kapcai” di pawagam pada 27 September 2012.

Para Pelakon :

Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Hairul Azreen Idris, Izzue Islam, Neelofa Mohd Noor, Dian P. Ramlee, Norizam Amin, Sabri Yunus

Pengarah :

Ghaz Abu Bakar


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *