(HIBURAN) MAYA & BRONT SEDIA MENCANTAS CINTA

Spread the love

untitled-38

Apakah yang akan anda lakukan jika anda dapat berdepan dengan bekas kekasih ‘perampas’ pasangan anda? Rancang untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan baru tersebut? Itulah misi yang bakal dilakukan Maya Karin dan Bront Palarae, 20 Februari ini melalui filem SEJOLI, dari skrip garapan pengarah Cun dan Ombak Rindu, Osman Ali bersama Ikhwan Sha.

untitled-10

Filem bergenre romantik komedi ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Phuket. Keindahan Phuket diterapkan secara visual untuk melengkapkan skrip dan penceritaan filem ini. Gabungan pelakon handalan seperti Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak, dan Izara Aishah dipercayai dapat menyuntik kemahuan penonton wayang untuk menonton filem tempatan kita selepas ketandusan kutipan jualan tiket yang telah disaksikan pada tahun 2013.

“Harapan terbesar saya adalah untuk mengembalikan semangat dan kepercayaan penonton kita kepada filem-filem tempatan. Para penerbit dan pengarah kita perlu bersatu untuk memastikan industri kita tidak ditenggelamkan arus deras filem-filem antarabangsa”, ujar Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance apabila ditanyakan akan harapannya bagi filem SEJOLI ini.

sejolismall

SEJOLI membawa penonton mengikuti perjalanan Joe (Bront Palarae) ke Phuket setelah hancur hatinya akibat ditinggalkan Nita (Izara Aishah). Semasa hendak bertolak ke sana, Joe bertemu dengan Gina (Maya Karin) yang turut ke Phuket selepas ditinggalkan kekasihnya Hardy (Remy Ishak). Selepas berlaku beberapa insiden yang menyatukan mereka, mereka mendapat tahu bahawa mantan kekasih mereka, Nita dan Hardy sedang bercinta.

Mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, tapi dalam pada masa yang sama mereka masih gagal untuk melupakan bekas pasangan mereka. Dan, apabila mereka mendapat tahu yang Nita akan berkahwin dengan Hardy, mereka bercadang untuk merosakkan perkahwinan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula bekas pasangan masing-masing.

Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Joe dan Gina dengan harapan hubungan Nita dan Hardy akan berakhir bersama bantuan sahabat baik mereka Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin) sehingga tibanya hari pernikahan Nita dan Hardy.

Berjayakah misi mereka? Dapatkah hubungan cinta yang lama dikembalikan? Saksikan filem  pembuka tirai tahun baru bagi Grand Brilliance, SEJOLI, mulai 20 Februari di pawagam berdekatan anda.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *