(HIBURAN) Mr Big mengembalikan nostalgia 2 dekad

Spread the love

Bertempat di Mega Star Arena, Kuchai Lama sabtu lalu, Kumpulan rock tersohor Amerika Syarikat, Mr Big berjaya mengembalikan nostalgia hampir 20 tahun yang lalu di mana konsert terakhir mereka pada sekitar tahun 1994, di Stadium Merdeka.
Memulakan persembahan sekitar jam 8 malam, kumpulan yang dianggotai oleh , Eric Martin selaku vokalis bersama Billy Sheehan (bes), Paul Gilbert (gitar) dan Pat Torpey (dram) menghiburkan 2000 penonton tanpa henti selama dua jam setengah dengan menghidangkan sekitar 30 lagu adunan yang lama dan baru antaranya To Be With You, Just Take My Heart, Wild World dan seleksi dari album terbaru mereka, Defying Gravity.

Konsert Mr Big Live in Malaysia 2017, anjuran Plan 7 Production ini adalah bersempena rangka promosi album kesembilan mereka, Defying Gravity.
Menariknya, album memuatkan 11 lagu itu hanya mengambil masa selama enam hari untuk disiapkan sepenuhnya.

Ditubuhkan pada 1988, Kumpulan Mr Big ini pernah berpisah pada 2002, namun mengambil keputusan kembali sebagai satu kumpulan pada 2009 atas permintaan peminat. Usia bukan penghalang untuk keempat-empat tunjang utama kumpulan ini melakukan persembahan yang memukau walaupun ada antara mereka yang sudah mencecah usia 60-an.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *