(HIBURAN) Pasangan Duet, Syamel dan Ernie Zakri Juara Sulung DUO STAR Musim Pertama

Spread the love

Pasangan duet, Syamel dan Ernie Zakri menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara sulung program Duo Star musim pertama yang dipancarkan dari Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam.

Awi Rafael dan Kaka Azraff di tempat kedua, sementara Haiza dan pasangannya, Aepul (Drama Band) di tempat ketiga. Firman dan Ayai pula berpuas hati di tempat keempat.

Dengan kemenangan yang diraih, Syamel dan Ernie membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Pada malam final itu, kesemua peserta membuat persembahan menerusi dua pusingan iaitu bebas dan lagu yang pernah bergelar juara.

Sementara itu, kesemua finalis pada pertandingan akhir itu bakal tampil dengan single duet terbaharu iaitu Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Ada Jalannya (Awi Rafael & Kaka Azraff), Yakin Aku (Ayai & Firman) dan Jangan Pernah Berdusta (Haiza & Aepul).

Penjurian Duo Star diadili oleh 100 peratus dari juri profesional iaitu Datuk Acis, Datuk Hattan dan Adibah Noor.

Duo Star akhir yang dipancarkan di Astro Ria dan Ria HD turut dimeriahkan dengan persembahan Ayda Jebat, Izzue Islam, Marcell, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *