(HIBURAN) Pelancaran album terbaru 6ixth Sense “Tentang Kita”

Spread the love

9 Ogos 2012 – Universal Music Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran album baru 6ixth Sense bertajuk “Tentang Kita” serta Majlis Berbuka Puasa bersama artis naungan UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA  bertempat di Tumis @ Teak5 Cafe, D1-G3-8, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Kumpulan yang semakin menjadi pujaan ramai, 6ixth Sense, kembali dengan album terbaru mereka sempena Ramadan yang disambut dengan gembira khususnya masyarakat Islam di Malaysia. Album yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian ini memilih judul Tentang Kita sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan. Menyentuh soal lagu yang terkandung dalam album Tentang Kita terbitan Universal Music Malaysia ini, gabungan tenaga kerja profesional ternyata mengagumkan apatah lagi dirakam di tiga studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King’s Studio dan Studio 18. Mengandungi empat lagi lagu lain seperti Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat), susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri pastinya mengekalkan kunikan tersendiri kumpulan itu, dimantapkan lagi dengan bunyian ‘strings’ oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa’unine Strings. Antara lagu terbabit adalah lagu yang diberi nafas baru yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz.. Malah, penglibatan penerbit lagu ini iaitu Mujahid Abdul Wahab yang berpengalaman menerbitkan album 6ixth Sense sebelumnyai pasti diyakini, apatah lagi beliaulah yang membentuk kumpulan ini sejak mula menempatkan diri di arena seni suara.
         SENARAI PENUH LAGU ALBUM ‘TENTANG KITA’
 Penerang Hati
Ayah Dan Ibu
Damai Yang Hilang
Rasulullah
Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat)
Altar Cinta
 

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *