(HIBURAN) Pelancaran Filem “Bikers Kental”

Spread the love

IMG_1860

Bertempat diperkarangan majlis KL Bike Week 2012, telah berlangsungnya majlis pelancaran filem terbaru arahan sutradara Helmi Yusof yang merupakan usaha sama penerbit Tayangan Unggul dan Calif work Studios. Filem yang mengenai pengembaraan konvoi motorsikal berkuasa besar ke Thailand ini merupakan satu cetusan idea pengarah yang memang meminati motor berkuasa besar. Pengambaran filem ini juga berbentuk kembara kerana ia dilakukan sepanjang perjalanan ke Krabi Thailand. Saudara Helmi Yusof selaku pengarah filem ini menjelaskan kepada pihak media bahawa banyak cabaran yang mereka lalui sepanjang pengambaran kembara bermotosikal ini disebabkan beberapa faktor seperti kerosakan motorsikal, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Antara pengalaman melucukan , Helmi menambah pihak produksi dimarahi oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku semasa berlangsungnya pengambaran tersebut. Bercakap mengenai kos sepenuhnya dan pemilihan pelakon filem ini, Gayatri Su-Lin Pillai menjelaskan kos penerbitan filem ini mencecah RM1.7  Juta dan pemilihan pelakon adalah persetujuan bersama Tayangan Unggul dan Helmi berdasarkan kriteria yang diperlukan.

IMG_1867

sinopsis filem :

Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi.

Barisan Pelakon :

Zizan Razak, Awie, Zul Arifin, Amirul,Bront Palarae, Harun Salim Bachik, PHONKANOK WONGSAROT (Nam Nueng) ,PORNVIPA RATCHAGARUNE ( Leeleng )


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *