(HIBURAN) PELANCARAN HARI ROCK NEGARA 2023 DI MALAKAT MALL CYBERJAYA

Spread the love

15 Julai 2023 : CYBERJAYA – Hari Rock Negara telah dilancarkan pada hari ini dengan sambutan yang hangat daripada peminat muzik rock tempatan. Pesta yang akan berlangsung selama 2 hari ini bermula pada 15 sehingga 16 Julai 2023 bertempat di Malakat Mall Cyberjaya. Hari Rock Negara dianjurkan oleh Kombat Records, dengan kerjasama Mawar Grandeur Event dan Qew Communications Sdn Bhd yang akan dimeriahkan oleh persembahan kugiran rock tempatan seramai 40 band seperti Damasutra, Ekamatra, Headwind, Melissa, Bloodshed dan  Belantara.

Hari Rock Negara yang memasuki edisi kedua kali ini menyuntik ‘rockers’ dengan pelbagai program menarik antaranya ialah gerai jualan dari usahawan tempatan, pelancaran album, qasidah, wayang pacak dan Battle Of The Bands. Tarikan utama yang menjadikan Hari Rock Negara ini penuh kelainan adalah, penganjur membawa program-program ilmiah seperti forum perdana, forum kartun dan rock dan kursus pengurusan jenazah.

MENCARI KELAINAN

Selain untuk berhibur, tujuan penganjuran acara ini ialah untuk memberi satu pengetahuan ilmiah yang jarang diketengahkan di dalam sesuatu acara yang berbentuk hiburan. Antaranya ialah seperti forum perdana dan kursus pengurusan jenazah”, kata Mohd Shukri atau lebih dikenali sebagai Kombat, selaku penganjur utama acara ini. Untuk Hari Rock Negara apa ertinya jika tanpa “Battle Of The Bands” ibarat kosonglah pengisian Hari Rock Negara itu, lantaran itu pihak penganjur telah bekerjasama dengan Al Farabi di mana para peminat muzik rock dapat merasai nostalgia dan kenangan zaman rock secara percuma selama 2 hari tersebut. Alfarabiband akan menjadikan pentas Hari Rock Negara sebagai platform pertandingan ‘Alfarabi Battle Of The Bands’, dimana pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sejumlah RM1500 untuk Juara , Naib Juara RM1000 dan Ketiga RM500”.

KERJASAMA JULUNG KALI BERSAMA QEW COMMUNICATIONS SDN BHD

Bercakap kepada media, Datin Nor Rahizahwati Yahya, selaku Pengarah Qew Communications Sdn Bhd berkata penglibatan syarikat sebagai penganjur bersama dan idea Hari Rock Negara ini amat menarik untuk dikembangkan pada edisi-edisi akan datang. Beliau dan Kombat akan merencana perancangan untuk Hari Rock Negara edisi ke 3 secepat mungkin dan bakal menambah lagi kelainan-kelainan acara untuk para peminat rock tempatan. Datin Nor Rahizahwati Yahya menambah, beliau yakin syarikat boleh meningkatkan lagi kerancakkan acara tersebut memandangkan Qew Communications Sdn. Bhd yang merupakan syarikat SME di bawah anak syarikat Qew Group Berhad yang merupakan milik Bumiputera sepenuhnya telah beroperasi hampir 10 tahun. Syarikat Qew Communications Sdn. Bhd. mula ditubuhkan pada 6 Februari 2013, penubuhan Qew Communications Sdn. Bhd. ini adalah bertujuan memfokuskan kepada Pengurusan Majlis dan Multimedia Kreatif.

Di samping itu, Qew Communications Sdn. Bhd. juga bergiat aktif dalam bidang Penyiaran dan telah menerbitkan beberapa rancangan televisyen terutamanya dalam saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selari dengan perkembangan dunia di hujung jari, syarikat telah meluaskan perkhidmatan di dalam bidang Telekomunikasi yang mana mereka telah mendapat lesen penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu ASP,NSP dan NFP. Misi utama syarikat adalah untuk menjadi pusat sehenti kepada pelanggan untuk mendapatkan segala yang diinginkan seperti perancangan, konsep dalam sesuatu perkara, arah tuju, aspek teknikal dan pembangunan kreatif.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *