(HIBURAN) Pelancaran Konsert Revolusi Todak Music & Friends 2022

Spread the love

Nama Todak Music kini tidak lagi asing di dalam industri hiburan tanah air. Kali ini buat julung kalinya Todak Music, melalui syarikat induknya Todak Fusion Sdn Bhd akan menganjurkan sebuah konsert Todak Music & Friends. Bertemakan Revolusi industri muzik tanah air, showcase ini akan memaparkan perubahan revolusi industri muzik Malaysia sepanjang zaman. Konsert Todak Music & Friends ini disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalu My Creative Ventures dan Penjana. Konsert ini juga mendapat kepercayaan penaja strategik Profitto Bussiness Solution Sdn Bhd.

Menurut En Ikmal Fareeq Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion Sdn Bhd yang juga bertindak sebagai Pengarah Persembahan bagi konsert Todak Music & Friends, “Pihak kami amat komited dalam membawa perubahan di dalam industri muzik tanah air. Setelah hampir 2 tahun industri muzik tanah air bergelut bagi meneruskan kelangsungan hidup berikutan wabak pandemik Covid-19, kini telah tiba masanya bagi semua pihak untuk bekerjasama bagi memeriahkan kembali industri seni tanah air.

Penganjuran konsert ini adalah salah satu langkah bagi memberi pendedahan semula kepada pengiat seni seperti tenaga kreatif, tenaga produksi, penerbit dan barisan artis sendiri dapat aktif berkarya dan berhubung semula bersama penonton melalui garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Ini juga bagi memberi keseimbangan semula kepada penerbitan kandungan melalui platform digital dan juga melalui persembahan secara langsung dan sedikit sebanyak memberi nafas semula kepada ‘live events’.

Diharap dengan penganjuran konsert ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya barisan artis yang terlibat, tenaga kerja belakang tabir dan juga memberi inspirasi kepada barisan penerbit diluar sana untuk terus melahirkan kepelbagaian acara seni”. Tambah En Ikmal Fareeq, “Sejajar dengan misi Todak Music, pada penganjuran konsert kali ini penonton akan dihidangkan dengan persembahan oleh artis-artis terlibat disamping persembahan visual melalui segmen-segmen era muzik tanah air dan yang paling unik, penonton bakal dipersembahkan dengan kepelbagaian genre muzik yang berbeza termasuk traditional”

Showcase pertama telah diadakan pada 5th Februari 2022 yang berlangsung di PJ PAC. Petaling Jaya, dan membawakan para penggiat seni seperti Shiha Zikir, Bunga Isme, Gerhana Ska Cinta, Fadh Majid dan ramai lagi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *