(HIBURAN) PRIMEWORKS STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN BAHAGIAN TERAKHIR – TRILOGI FILEM ROCK, “ROCK BRO! ‘KEMBALI KE PANGKAL JALAN’ ”

Spread the love

cacjnc9usaafsumPETALING JAYA, 19 September 2016 – Setelah sambutan yang amat menggalakkan terhadap siri filem Rock! iaitu Rock! dan Rock Oo!, Primeworks Studios kini menampilkan Rock Bro! “Kembali Ke Pangkal Jalan”. Filem terbitan Grand Brilliance dan Enjit Semut ini merupakan naskhah terakhir bagi siri filem Rock ini yang diarahkan oleh Mamat Khalid.

Filem Rock Bro! memaparkan kesukaran zaman rock di Malaysia sekitar awal tahun 1990, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan. Dalam trilogi terakhir ini, filem ini diceritakan dari sudut pandangan ketua kumpulan, Jijo (Khir Rahman), mengenai kisah hidup mereka ketika Rimba Bara telah dikenali ramai sebagai kumpulan rock terkenal. Sepanjang penglibatan mereka di dalam kumpulan itu, pelbagai rintangan harus mereka lalui, ditambah pula dengan kemelut politik dan perubahan landskap yang sedang melanda industri muzik pada ketika itu. Mampukah kumpulan Rimba Bara terus menuju ke puncak atau adakah mereka akan gagal mempertahankan matlamat Rimba Bara di persada muzik tanahair?

Filem Rock Bro! “Kembali Ke Pangkal Jalan” menampilkan pendukung-pendukung utama yang pernah membintangi filem-filem Rock! yang terdahulu iaitu Khir Rahman (Jijoe), Soffi Jikan (Zul Kapan), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) serta Norazmi Bahron (Black). Filem ini turut menampilkan penampilan khas daripada bintang-bintang rock ternama tanahair seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings.

Filem edaran Primeworks Distribution ini bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 27 Oktober ini !

Ikuti perkembangan filem Rock Bro! “Kembali ke Pangkal Jalan” melalui akaun media sosial Grand Brilliance di www.facebook.com/grandbrilliance, https://twitter.com/GrandBrilliance dan @GrandBrilliance di Instagram.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *