(HIBURAN) Realiti Kehidupan Dalam “GOLDEN BROTHER”

Spread the love

Filem-Wayang-Movie-September-2014-Golden-Brother

Adakalanya kita di atas dan adakala pula kita di bawah. Kisah seorang lelaki muda Sit Ho Ching bermula apabila beliau dibuang kerja dari syarikat lamanya. Dalam usaha beliau untuk bangkit kembali, beliau mendapat peluang perkerjaan di sebuah syarikat pelaburan emas. Ayah Sit Ho Ching yang merupakan bekas polis amat tidak menyukai jenis peniagaan ini, ditambah pula pemilik syarikat ini mempunyai sejarah lampau dengan bapa Sit Ho Ching.

Konflik bermula apabila beliau memutuskan perhubungan dengan teman wanitanya dan mula berkerja secara sembunyi di syarikat pelaburan tersebut. Bersama-sama abang beliau yang baru keluar dari penjara, Sit Ho Ching mengorak langkah menjadi salah seorang pelabur dan berjaya mengatasi abang beliau. Kesenangan beliau kecapi tidak bertahan lama apabila tindak tanduk nya dapat dihidu oleh ayah beliau.

5I2A0658

Di dalam kekalutan perbalahan tersebut, Sit Ho Ching mula menyedari tindakan terburu-buru beliau selama ini banyak mempengaruhi beliau dalam membuat keputusan dalam hidup. Namun begitu, Sit Ho Ching masih mempunyai hati kecil yang selalu mendorong beliau melakukan perkara-perkara baik kepada orang sekelilingnya. Dihambat rasa bersalah dalam diri serta ditambah dengan keadaan kesihatan bapa beliau yang tidak begitu mengizinkan, Sit Ho Ching sedikit demi sedikit cuba membetulkan kesilapan lampau beliau dan berusaha dalam membina kehidupan baru yang lebih baik.

5I2A9016

Bagi penulis, cerita ini amat menarik dan ia merupakan realiti kehidupan sebenar dalam kehidupan. Ia mengambarkan keadaan kita sendiri yang perlu bijak memilih dan membuat tindakan supaya ia tidak menyinggung perasaan orang lain.

5I2A6470

Filem ini akan mula ditayangkan bermula 18 September 2014, dan dibintangi oleh Bosco Wong ( Sit Ho Ching ) , William Chan (Sit Ho Yong), Michael Tse ( Chau Sheung Tak), King Kong, Stephy Tang, Zhao Rong, Rose Chan dan ramai lagi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *