(HIBURAN) SIDANG MEDIA PELANCARAN CD, VCD DAN DVD KONSERT “ANUAR ZAIN – TIGA DEKAD: MUZIK, CINTA DAN SANUBARI”

Spread the love

IMG_5618

Kehebatannya tidak perlu dipertikaikan lagi, pertama kali mengadakan konsert mega, Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari setelah tiga puluh tahun bergelar anak seni nyata cukup untuk membuktikan kredibiliti, reputasi, serta populariti beliau. Ternyata aura dan kekuatan penyanyi kacak Anuar Zain terletak pada muzik dan vokalnya yang berupaya menggamit hati lebih kurang enam ribu penonton yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam semasa konsert ini berlangsung.

IMG_5652

Anuar Zain turut mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas. Muzik video Sempurnakan Aku yang menjadi kesinambungan kepada muzik video Ajari Aku juga dipertontonkan kepada para peminat Anuar Zain buat julung kalinya malam itu. Selain Nora Danish, beberapa rakan artis seperti Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira Arul juga membuat kemunculan dalam Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari.

IMG_5636

Kini, khas buat semua peminat-peminat Anuar Zain yang ingin menonton semula konsert yang meruntun kalbu ini, Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music Malaysia dan TGV Cinemas akan melancarkan CD, VCD dan DVD Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari yang menjadi saksi kelantangan suara merdu Anuar Zain. Peminat beliau boleh mendapatkan CD, VCD dan DVD Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari di Speedy Video berhampiran.

Cinta Harus Memiliki dari Anuar Zain adalah single utama yang dipertaruhkan oleh Universal Music Malaysia dan Anuar Zain Network dalam album konsert ini. Peminat-peminat fanatik Anuar Zain akan dapat menonton siaran penuh konsert serta di sebalik tabir Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari. Selain itu, terdapat juga MTV karaoke Ajari Aku sebagai trak bonus di dalam album ini.

Atas kerjasama dengan TGV Cinemas, Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari akan dipertontonkan kepada umum di layar perak bermula Februari ini. Tayangan pertama dijangka akan diadakan di TGV Cinema One Utama pada 15 Februari 2015 pada jam 3 petang.

IMG_5645

TGV Cinemas dilengkapi dengan sistem pancaran dan sistem bunyi yang terkini, menempatkannya sebagai lokasi yang sesuai untuk menyiarkan Konsert Anuar Zain – Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari yang pastinya dapat memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh peminat.

Tayangan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan TGV Cinemas untuk meningkatkan dan mentakrifkan semula hiburan pawagam untuk para penonton. “Sebelum ini, kita juga telah menayangkan konsert seperti ‘One of a Kind 3D: G-Dragon 2013 1st World Tour’ dan ‘Justin Beiber’s Believe’ yang telah mendapat sambutan hebat daripada peminat mereka.

Muzik Anuar Zain adalah abadi dan dia telah mempunyai peminat dari semua peringkat umur dan lapisan masyarakat, oleh itu kami amat teruja untuk menayangkan konsert ini, “kata Celeste Koay, Pengurus Pemasaran Kanan TGV Cinemas.

Jualan tiket untuk tayangan Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari akan bermula pada awal Februari. Untuk menempah tiket dan mendapatkan maklumat lanjut, peminat tegar Anuar Zain boleh layari www.tgv.com.my, layari laman Facebook (www.facebook.com/tgvcinemas) atau memuat turun TGV Mobile App dari Google PlayStore atau Apple App Store.

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari ini pastinya mendapat tempat yang istimewa dalam hati para peminat beliau.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *