(HIBURAN) “TAN-TI-ANA” – Filem Komedi Seram Di Sebalik Tabir Penggambaran Filem

Spread the love

27 Februari 2024, Kuala Lumpur – Dream At Work Sdn Bhd (DAW) dengan kerjasama NHF Productions Sdn Bhd buat julung kalinya menerbitkan sebuah filem komedi seram yang dinantikan ramai berjudul “TAN-TI-ANA”.

Filem arahan Rosdi Md Dali ini menjanjikan kelainan luar biasa berbanding filem-filem komedi seram yang lain. Ia mengisahkan cabaran seorang pengarah, penulis skrip dan jurukamera dibawah tekanan seorang penerbit membuat penggambaran sebuah filem seram yang menampilkan saka misteri bernama Tantiana sebagai pelakon utama.

“TAN-TI-ANA” menampilkan ramai pelakon popular seperti Joey Daud, Atikah Suhaimie, Zalif Sidek, Jay Iswazir, Dato’ Rahim Razali, Kazar, Noramin Moshi-Moshi, Kamarool Yusoff, Noralbaniah, Baby Shima, Mon Ryanti, Taukeh Jambu, Bocil, Amai Kamarudin dan Mas Khan. Yang istimewa, filem ini juga turut menampilkan lakonan Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey dalam naskah filem terakhir beliau.

 “TAN-TI-ANA” melalui satu fasa ujian yang sangat getir ketika Malaysia dan seluruh dunia berdepan dengan pandemik Covid 19 dimana filem ini terpaksa ditangguhkan buat seketika. Sewaktu filem “TAN-TI-ANA” dalam proses penyiapan dan penyusunan kerja pemasaran, keluarga besar “TAN-TI-ANA” dikejutkan dengan berita dukacita pemergian Allahyarham Abam Bocey. Kini, hasrat bagi mengeluarkan filem ini untuk tontonan orang awam akhirnya menjadi kenyataan dengan harapan agar peminat Allahyarham akan terus mengingati dan menghargai karya seni beliau.

“Idea asal filem ini adalah projek ilham bersama Tuan Irfan Hasan, Penerbit Eksekutif filem “TAN-TI-ANA” untuk menggabungkan plot penceritaan yang unik dan berkolaborasi bersama pemain-pemain industri yang hebat bagi menghasilkan sebuah karya yang menghiburkan. Penggambaran filem ini dijalankan sekitar 2018 dan menelan belanja sebanyak RM500,000.00. Memandangkan filem ini merupakan filem pertama terbitan DAW & NHF, harapan kami agar filem “TAN-TI-ANA” dapat mengukir kembali keceriaan, kegembiraan dan gelak tawa penyokong industri perfileman Malaysia.” ujar Datuk M. Razlan Ismail, penerbit filem “TAN-TI-ANA”.

Penerbitan filem “TAN-TI-ANA” ini adalah bersifat kolaborasi dengan NHF dan ia sangat diyakini serta didokong kuat oleh DAW kerana ia mampu melahirkan sebuah produk yang sempurna. Kolaborasi sebegini telah lama wujud serta dijalankan oleh beberapa studio hebat di luar negara.

Bagi memastikan filem ini dipasarkan dengan baik di peringkat tempatan dan antarabangsa, DAW telah melantik United Studios Sdn Bhd (iaitu syarikat pengedaran filem dibawah Kumpulan Syarikat KRU) sebagai pengedar bagi filem “TAN-TI-ANA”.

TAN-TI-ANA bakal ditayangkan di 50 buah pawagam serata tanahair mulai 29 Februari 2024. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti akaun media sosial Dream At Work atau TAN-TI-ANA.

Sinopsis

Sebuah kisah perjalanan karier seni dan ‘cari makan’ 3 orang sahabat Razman, Roy & Jojo di dalam industri perfileman tempatan. Peluang terbaru sampai pada mereka daripada Datuk Kadir pemilik Kuda Hitam Production, dalam menyiapkan sebuah projek filem seram yang telah terbengkalai lama yang berjudu Hantu Filem Malaya. Mereka mengadakan sesi ujibakat. Dalam keterujaan mereka mencari pelakon untuk memegang watak utama filem ini, satu malam seorang wanita cantik tampil menunjukkan diri. Mereka mula mencari siapa wanita cantik yang sesuai dengan watak yang mereka inginkan.

Pencarian mereka ditemui di sebuah desa jauh dari ibukota dan wanita cantik ini adalah seekor makhluk halus milik seorang tua yang juga seorang bomoh desa. ‘Wanita cantik’ digelar oleh tuannya sebagai TANTIANA. Bomoh itu bersetuju untuk membenarkan TANTIANA membantu misi projek filem 3 orang sahabat ini. Namun, 2 syarat utamanya perlulah dipatuhi dalam mengawal TANTIANA ini.

Ia berjalan lancar sepanjang projek berjalan namun di hari akhir pengambaran tanpa mereka sedari dan atas sifat kelalaian manusia yang ada pada mereka, 2 syarat ini tanpa disedari telah dilanggar oleh mereka sendiri. TANTIANA bukan seperti sifatnya lagi. Mereka bertiga, krew dan set pengambaran mereka mengalami kejadian aneh, kelam kabut dan menyeramkan. Hanya pemilik TANTIANA sahaja yang boleh membantu mereka.

 

BARISAN PELAKON

ATIKAH SUHAIME

JAY ISWAZIR

JOEY DAUD

ZALIF SIDEK

BABY SHIMA

DATO’ RAHIM RAZALI

KAMAROOL YUSOFF

KAZAR SAISI

BOCIL BANCIN

MAS KHAN

TAUKE JAMBU

ARWAH ABAM BOCEY

NORALBANIAH

MON RYANTI

AMAI KAMARUDIN

NORAMIN MOSHI MOSHI

PENAMPILAN ISTIMEWA

DATUK SUHAIMI ABD. RAHMAN (AMY SEARCH)

IDEA ASAL

DATUK MUHAMMAD RAZLAN ISMAIL

PENULIS SKRIP

AMIN SHAKIB

SYAREEL IZAM ALI

UNIT KREATIF DREAM AT WORK

EZRIN GHAZALI

ANIS SYAFIQAH

KOORDINATOR

EDRINA SHARIFFUDDIN

PENYUNTING

NAJIP RAHIM

PENERBIT EKSEKUTIF

DATO’ ADLY EFFENDY HASAN

DATUK MUHAMMAD RAZLAN ISMAIL

MOHD IRFAN HASAN

DR NORA HENDON FAEZAH

SYAREEL IZAM ALI

PENERBIT

DATUK MUHAMMAD RAZLAN ISMAIL

PENGARAH

ROSDI MD. DALI (FDAM)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *