Petaling Jaya, 22 April 2022 – Di kala negara kita sedang beralih ke fasa endemik, umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan serta menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan lebih selamat dan selesa. Tidak lama lagi, bulan Syawal bakal tiba dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah pasti didambakan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun kita terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak saudara susulan ancaman pandemik Covid -19. Read more →
Tag: Zalif Sidek
(HIBURAN) HANTU BUNGKUS IKAT TEPI bakal gamatkan pawagam
Filem melayu terbaru bagi bulan April ini, dimulakan dengan sebuah filem komedi seram berjudul ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’. Menampilkan lakonan Nora Danish, Tauke Jambu, Yus Jambu dan Abam Bocey. Saksikan filem ini dipawagam mulai 9 April 2015. Sebuah filem arahan Hashim Rejab. Read more →
(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan
MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta. Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →
(HIBURAN) Gandingan gila-gila Fezrul Khan dan Erin Malik dalam “Awak Nak Kahwin Dengan Saya?’
Agak lama juga GMO tidak mendapat jemputan dari pihak MIG, tidak pasti sebabnya dan mungkin berlaku kesilapan teknikalnya. Tapi apa-apa pun, terima kasih kepada rakan media yang lain kerana sudi berkongsi “event hiburan” dengan pihak kami serta staff MIG yang menjemput secara lisan. OK la, kita berbalik kepada tayangan perdana filem ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya?’ yang merupakan filem ke 92 terbitan MIG. Seperti kita sedia maklum, pelakon utama filem ini iaitu Erin Malek baru sahaja memenangi pertandingan realiti TV “Fear Factor” dan nama beliau masih segar dalam perkembangan hiburan semasa kini. Read more →