KUALA LUMPUR, 15 Februari 2016 – Filem terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions yang dinanti-nantikan, J REVOLUSI telah ditayangkan di Malam Tayangan Perdana filem tersebut yang bertempat di mmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara hari ini.
Malam Tayangan Perdana J REVOLUSI telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim. Turut hadir adalah barisan pelakon, rakan-rakan media, anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, pemenang pertandingan, serta penaja seperti U Mobile, Samsung Malaysia Electronics, Berrnaz Motor Trading Sdn Bhd yang merupakan pengedar eksklusif kenderaan MAZDA di Malaysia, 7-Eleven Malaysia dan ramai lagi.
J Revolusi mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua serangan bagi Unit Tindakhas (UTK) di Malaysia. Oleh kerana Jay dan pasukan operasinya memiliki kehebatan serangan maut yang luar blasa, mereka menjadi mimpi ngeri bagi setiap pengganas. Tetapi, apabila adik perempuan Jay, Dian (Nur Fazura), seorang ejen dalam penyamaran, ditangkap oleh pengganas misteri yang telah memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan adiknya dan membongkar rahsia lelaki yang tidak mengalah untuk menghancurkan Jay itu.
Filem ini menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-26) Zul Ariffin, lzara Aishah, Pelakon Wan ita Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-27) Fazura serta Farid Kamil. Turut membintangi filem ini adalah bakat-bakat besar Malaysia seperti Azad Jazmin dan ledil Putra serta penampilan khas oleh Dato’ Hans Isaac, Fatimah Abu Bakar. dan para atlet Seni Bela Diri Campuran (MMA) dari One Championship iaitu Peter Davis, Saiful Merican, Jenathan dan Davron. J Revolusi juga buat julung kalinya menampilkan aksi-aksi mantap dan pasukan Unit Tindakhas (UTK).
J Revolusi merupakan filem wajib tonton pada tahun 2017, dan mempunyai potensi untuk menarik perhatian masyarakat Malaysia dari pelbagai peringkat umur. Adegan-adegan aksi mencabar yang dipaparkan di dalam filem ini telah mendapat tunjuk ajar perunding aksi yang didatangkan khas daripada Hong Kong dengan kerjasama pakar lagak ngeri tempatan. Para penonton bakal disajikan dengan persembahan yang mengujakan dari pelakon-pelakon ini yang memainkan peranan yang berbeza daripada watak-watak mereka sebelumnya. J Revolusi bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 2 Mac 2017.