(HIBURAN) Surga Yang Tak Dirindukan 2 – bertemu titik noktahnya

Spread the love

 

‘Ku Kirim Padamu Sepotong Luka, Sebagai Penanda Kita Pernah Bersama’. Adunan jalan cerita yang ingin disampaikan dan watak yang dilakonkan dengan baik mampu menguatkan sesebuah karya sehingga menjadi sebuah filem yang bagus. Terbaru, sekuel untuk filem box office Indonesia tahun 2015, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (#STYD2) kini bakal ditayangkan serentak di seluruh pawagam Malaysia bermula 16 Februari 2017.

Filem ini diangkat dari novel popular, SYTD2 hasil karya novalis Asma Nadia. Bukan sahaja memaparkan jalan cerita penuh perasaan, namun turut didukung dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon blockbuster Indonesia seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon Malaysia, Nora Danish dan ramai lagi.
Filem SYTD2 yang bergenre drama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya. Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe). Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah untuk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini. Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras. Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya. Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2.
Di bawah produksi hebat dari Indonesia iaitu MD Pictures, filem ini telah mendapat sentuhan oleh pengarah Hanung Bramantyo. Manakala Manoj Punjabi bertanggungjawab selaku Produser dan skripnya ditulis oleh Alim Sudio, Manoj Punjabi dan Hanung Bramantyo sendiri. Apa yang lebih menarik, filem ini adalah di bawah satu bumbung dengan produksi filem hit Ayat-Ayat Cinta, Rudy Habibie, Habibie & Ainun dan Di Bawah Lindungan Kaabah.
Selain itu, filem ini turut disempurnakan dengan garapan muzik dan lirik puitis yang dihasilkan oleh komposer terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed. Bagi OST berjudul “Dalam Kenangan” dinyanyikan oleh diva Indonesia, Krisdayanti. Sementara itu, untuk lagu kedua bertajuk “Surga Yang Kurindukan” dinyanyikan oleh pelakon utamanya sendiri, Laudya Cynthia Bella dan berduet dengan penyanyi muda berbakat besar, Warda.

Untuk pasaran di Malaysia, filem ini bakal diedarkan oleh Antenna Entertainments manakala Astro akan melakukan pemasaran. Bagi menjiwai kisah SYTD2, filem pertama iaitu Surga Yang Tak Dirindukan telah ditayangkan di saluran Astro Ria, Prima, Citra, Mustika, Maya dan Oasis serta di platform Astro Gempak sejak awal Februari lalu.

Menurut Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Bahagian Melayu Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata filem SYTD2 adalah sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang bagus dan sesuai untuk ditonton oleh masyarakat tempatan. “Melihat kepada sambutan hangat SYTD2 di Indonesia ketika ini serta respon positif penonton Malaysia sejurus menyaksikan filem pertamanya, kami yakin filem ini bakal membuat penonton berasa teruja untuk mengikuti kisah seterusnya. Dengan sokongan promosi yang meluas, kami berharap ia mampu mencipta fenomena yang sukses di sini.”

Filem SYTD2 akan menemui para penonton Malaysia bermula pada 16 Februari 2017 nanti. Layari laman sosial www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Twitter, Instagram dan Youtube AstroShaw .


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *