(HIBURAN) TAYANGAN  PERDANA:  J REVOLUSI

Spread the love

KUALA  LUMPUR,  15 Februari  2016 –  Filem terbitan  Grand  Brilliance  dan Infinitus  Productions yang dinanti-nantikan, J REVOLUSI telah ditayangkan  di Malam Tayangan  Perdana filem tersebut yang bertempat  di mmCineplexes,  eCurve,  Mutiara Damansara  hari ini.

Malam  Tayangan  Perdana J REVOLUSI telah  dimeriahkan   dengan  kehadiran  tetamu  kehormat, Timbalan Ketua  Polis  Negara,  Tan  Sri  Dato’  Sri  Noor  Rashid  Bin Ibrahim.  Turut  hadir  adalah barisan   pelakon,   rakan-rakan   media,   anggota   Pasukan   Polis   Diraja   Malaysia,   pemenang pertandingan,   serta  penaja  seperti  U  Mobile,  Samsung   Malaysia  Electronics,   Berrnaz  Motor Trading  Sdn Bhd yang merupakan  pengedar  eksklusif kenderaan  MAZDA di Malaysia,  7-Eleven Malaysia dan ramai  lagi.

J Revolusi  mengisahkan  tentang  Jay Zulkarnain  yang merupakan  seorang  ketua serangan  bagi Unit Tindakhas (UTK) di Malaysia. Oleh kerana Jay dan pasukan operasinya  memiliki  kehebatan serangan  maut  yang  luar  blasa, mereka  menjadi  mimpi  ngeri  bagi  setiap  pengganas.  Tetapi, apabila adik perempuan  Jay, Dian (Nur Fazura), seorang ejen dalam penyamaran,  ditangkap oleh pengganas  misteri yang telah memerangkap  Jay dengan tuduhan membunuh  ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak  melawan  masa untuk menyelamatkan  adiknya dan membongkar  rahsia lelaki yang tidak mengalah  untuk menghancurkan   Jay itu.

Filem  ini menampilkan   barisan  pelakon  yang  hebat  seperti  Pelakon  Harapan  Lelaki  Terbaik (Festival  Filem Malaysia  ke-26) Zul Ariffin, lzara Aishah,  Pelakon Wan ita Terbaik  (Festival  Filem Malaysia  ke-27) Fazura serta Farid Kamil. Turut membintangi  filem ini adalah bakat-bakat  besar Malaysia  seperti  Azad  Jazmin  dan  ledil  Putra  serta  penampilan  khas  oleh  Dato’  Hans  Isaac, Fatimah Abu Bakar. dan para atlet Seni Bela Diri Campuran  (MMA) dari One Championship  iaitu Peter   Davis,   Saiful   Merican,   Jenathan   dan  Davron.   J   Revolusi   juga   buat  julung   kalinya menampilkan  aksi-aksi  mantap dan pasukan Unit Tindakhas  (UTK).

J Revolusi merupakan  filem wajib tonton pada tahun 2017, dan mempunyai  potensi untuk menarik perhatian masyarakat  Malaysia  dari  pelbagai  peringkat  umur.  Adegan-adegan   aksi  mencabar yang dipaparkan  di dalam filem  ini telah  mendapat  tunjuk ajar perunding  aksi yang didatangkan khas daripada  Hong Kong dengan  kerjasama  pakar lagak ngeri tempatan.  Para penonton  bakal disajikan dengan persembahan yang mengujakan dari pelakon-pelakon ini yang memainkan peranan yang berbeza daripada watak-watak mereka sebelumnya. J   Revolusi  bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 2 Mac 2017.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *