(HIBURAN) “TULUS” …menyatukan Aril dan Terry

Spread the love

IMG_9956

Perjalanan karier seni bekas Naib Juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus , 28 tahun dalam industri hiburan tempatan masih rancak. Walaupun sibuk dengan tugas baru sebagai penyampai di stesen radio ERA FM sejak Ogos lalu, Aril baru sahaja tampil dengan sebuah lagu duet terbaru berjudul ‘Tulus’ , hasil kolaborasi dengan penyanyi  yang berasal dari Indonesia, Terry. Penyanyi yang di bawah label Sony Music Indonesia itu sebelum ini pernah merakamkan kembali lagu Aishah yang berjudul ‘Janji Manismu’ dan popular dengan lagu hitsnya ‘Butiran Debu’.

 

IMG_9984

Lagu ‘Tulus’  juga bakal menjadi lagu tema untuk sebuah drama bersiri 28 episod  “Dia Suamiku” yang bakal bersiaran di Astro Prima bermula 14 Oktober 2013. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yana Shamsudin, Nabila Huda, Fauzi Nawawi dan Dazrin.

aril terrysmall

Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Aril menyatakan muzik video lagu ‘Tulus’, lagu duet terbarunya bersama penyanyi dari Indonesia, Terry baru sahaja ditayangkan di khalayak umum menerusi program MeleTop di Astro Ria dan dilancarkan di YouTube pada 16 Ogos  lalu.

“Di sana, pihak Sony Music Indonesia telah menjalankan promosi lagu ‘Tulus’ dan lagu itu juga telah dimainkan di stesen-stesen radio Indonesia. Kini, saya menantikan masa yang sesuai untuk menyertai jelajah promosi di sana. Mengenai kolaborasi saya bersama Terry, saya anggap ianya sebagai satu rezeki.

Pihak Astro telah menghantarkan beberapa sampel suara penyanyi naungan Astro, termasuk saya untuk dihantarkan ke pihak Sony Music Indonesia. Terry sendiri yang memilih rakan duetnya dan saya amat berbesar hati apabila Terry memilih saya. Peluang yang datang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk kembangkan bakat saya di bumi seberang,”  jelas Aril lagi.

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *