Pusat didik hibur keluarga terkemuka, KidZania Kuala Lumpur, menyambut ulang tahunnya yang kedua bersama rakan kongsi industri, kanak-kanak dan ibu bapa dengan tema sambutan ‘All Good Things Come in 2s’! Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana. Read more →
Tag: popular
(HIBURAN) SIRI PALING POPULAR DI TONTON ‘AUTUMN DI HATIKU’ KEMBALI UNTUK MUSIM KE-2!
Tonton, portal video no. 1 di Malaysia dengan bangganya bersama Garnier membawakan kembali siri web original AUTUMN DI HATIKU (dengan rekod tontonan video mencapai hampir 1 juta) untuk musim ke-2. AUTUMN DI HATIKU 2 menampilkan Hanez Suraya, Kim Jin Sung (JS), Ezzaty Abdullah serta sahabat baru mereka Amran Ismail, Iedil Putra dan aktres kacukan Korea-Perancis yang meningkat naik, Youmie Robert. Siri ini bakal ditayangkan bermula 27hb Februari 2014 dengan episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari. Read more →
(HIBURAN) “TULUS” …menyatukan Aril dan Terry
Perjalanan karier seni bekas Naib Juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus , 28 tahun dalam industri hiburan tempatan masih rancak. Walaupun sibuk dengan tugas baru sebagai penyampai di stesen radio ERA FM sejak Ogos lalu, Aril baru sahaja tampil dengan sebuah lagu duet terbaru berjudul ‘Tulus’ , hasil kolaborasi dengan penyanyi yang berasal dari Indonesia, Terry. Penyanyi yang di bawah label Sony Music Indonesia itu sebelum ini pernah merakamkan kembali lagu Aishah yang berjudul ‘Janji Manismu’ dan popular dengan lagu hitsnya ‘Butiran Debu’. Read more →