(HIBURAN) TV9 DPS Schedule June 3-9, 2013.

Spread the love

tv9small

ISNIN, 03 JUN 2013

7.30 mlm            SERIKAN IMPIAN BERSAMA FAIR & LOVELY

Siri realiti Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely akan menampilkan sepuluh orang gadis dari pelbagai latar belakang. Bersama Fair & Lovely, gadis-gadis ini akan melalui transformasi yang bakal menyerlahkan kecantikan dalaman serta melahirkan penampilan baru yang lebih berseri di sepanjang perjalanan untuk mencapai impian mereka.

 

8.30 mlm            RATU

                                LULUHNYA SEBUAH IKRAR (8)

Ibu Shah tetap akan memastikan Azlin menjadi tunangan Shah.  Tetapi Shah tetap menyintai Yati walau apa yang telah terjadi kepadanya. Lagipun bukan salah Yati, dia hanya menjadi mangsa dan mungkin ini ujian tuhan untuk menguji sejauh mana kesetiaannya kepada Yati.

Pelakon: Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin, Ruzana Ibrahim dan Fandi Che Hisham.

 

9.30 mlm             CHAMSARANG

                                I MISS YOU (episode 32)

Harry ataupun nama sebenarnya Hyung Jun telah berjaya mengepung Soo Yeon dan Jung Woo dengan bantuan orang suruhan Han Tae Joon, tetapi akhirnya rakan pasukan Jung Woo telah datang untuk menyelamatkan mereka dan akhirnya mereka terlepas.  Harry kemudiannya mengugut Han Tae Joon untuk menculik Soo Yeon jika dia mahukan duit yang telah dijanjikan.

Pelakon:  Yoon Eun Hye, Park Yoochun, Kim So Hyun, Yeo Jin Goo and Yoo Seung Ho

 

SELASA, 04 JUN 2013

8.30 mlm            RATU

                                LULUHNYA SEBUAH IKRAR (ep.9)

Azhar sedar dirinya semakin menyintai Yati, tetapi sukar baginya untuk meluahkan perasaan itu kepada Yati.  Dia perlu membuktikan cintanya terhadap Yati adalah benar-benar ikhlas dan bukan atas dasar simpati.  Yati cuba membuatkan Azhar kembali mesra dengannya dan sedar Azhar cuba menjauhkan diri.

Pelakon: Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin, Ruzana Ibrahim dan Fandi Che Hisham.

 

9.30 mlm             CHAMSARANG

                                I MISS YOU (Episod akhir)

Soo Yeon berada di sebuah gudang lama yang mengingatkan dia pada peristiwa hitam 14 tahun lalu.  Soo Yeon mendengar bunyi tapak kaki yang sangat dikenali mula menghampirinya.  Soo Yeon mula takut dan menangis.  Jung Woo akhirnya mendapat petunjuk di mana Soo Yeon berada, dan kali ini dia berazam untuk menyelamatkan Soo Yeon dan tidak akan meninggalkan Soo Yeon keseorangan lagi.

Pelakon:  Yoon Eun Hye, Park Yoochun, Kim So Hyun, Yeo Jin Goo and Yoo Seung Ho.

 

10.30 mlm           9X

                                TEEN WOLF

                                BATTLEFFIELD

Stiles mendedahkan kepada Ms. Morrell bahawa dia menentang sheriff.  Boyd dan Erica ingin menyertai pasukan baru keran takut dengan pembunuhan beramai-ramai serigala Argent.  Isaac memberi amaran kepada Scott bahawa Jackson akan berada di kejohanan lacrosse dan akhirnya mendapat tahu serigala jadian boleh memindahkan kesakitan orang lain.

Pelakon: Tyler Posey, Crystal Reed, Dylan O’brien, Tyler Hoechlin, Holland Roden.

 

RABU, 5 JUN 2013

8.35 mlm             SKRIN DI 9

                                KASIH BERBISIK

Aqil, baru berusia 10 tahun dan tidak mengerti mengapa bapanya, Hisham berubah sikap terhadapnya setelah ibunya meninggal dunia. Aqil cuba untuk bersabar namun sentiasa mencari jawapan mengapa bapanya sering mengelak untuk hadir ke sekolah jika ada aktiviti yang perlu dihadirinya.  Dia memberi pelbagai alasan dan akan menjadi marah apabila Aqil bersungguh-sungguh memujuknya untuk pergi.

Pelakon:  Esma Daniel, Adam Hezly, Kuza, Hairi Safwan dan Noorkhiriah.

 

KHAMIS, 6 JUN 2013

8.30 mlm             AURORA

                                FRIDAY I’M IN LOVE (R)

Awang telah terpesona dengan gadis baru bernama Cherisha.  Walaupun semalam Awang sangat kecewa, tetapi pada hari Jumaat itu dia kembali ceria dan bahagia.  Selepas solat Jumaat, Awang tidak henti-henti tweet mengenai Cherisha.  Awang nampaknya telah gila baying dengan Cherisha.

                                Pelakon: Qi Razali, Nellydia Senrose, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza, Bella Dally dan Zoey Rahman.

 

JUMAAT, 7 JUN 2013

 

9.30 mlm             VERSUS MUSIM KEDUA

                                VERSUS EXTENDED

Episod istimewa ini akan memaparkan perjalanan sepanjang Versus musim kedua berlangsung. Saksikan aksi-aksi band-band kesayangan anda iaitu Estranged, Kristal, Kyoto Protocol, Manifesto dan Oh Chentaku.

 

SABTU, 08 JUN 2013

7.30 ptg                9X

                                #GERILA PROJECT

Mengenai impian sebuah projek band, Go Gerila! yang ingin memberi memberi nafas baru dengan interpretasi muzik kreatif mereka.

 

8.30 mlm             CINTA JANGAN PERGI

                                EPISOD 18

Lily bimbang apabila Doktor memberitahu yang Hud dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus yang dijangkiti melalui pesakitnya.  JD dan El turut ke hospital dan masing-masing tertanya-tanya ke mana Soraya pergi. Soraya mengikut Khalil ke sebuah pulau persendirian.  Khalil mencampakkan telefon bimbit mereka ke laut agar tiada sesiapapun dapat menganggu mereka.

Pelakon:  Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan, Nadiya Nisaa, Bil Azali, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob.

 

10.00 mlm           9X GIG

Berhibur bersama OAG, Bunkface, Go Gerila dan Oh Chentaku malam ini di 9X Gig!

 

11.00 mlm           MOVIE NIGHT

FINDING NEVERLAND

Barrie, seorang pengarah pementasan, merasa kecewa apabila cerita arahannya, iaitu Littel Mary menerima respon yang kurang memuaskan.  Setelah itu dia menemui seorang balu bernama Sylvia yang tinggal bersama empat orang lelakinya di Kensington Gardens.  Hubungan mereka menjadi akrab.  Imaginasi tersendiri yang lahir daripada pemikiran anak-anak Sylvia memberi inspirasi kepada Barrie mengenai kanak-kanak yang tidak mahu menjadi dewasa.

Pelakon:  Johnny Depp, Kate Winslet, Julie Christie, Radha Mitchell dan Dustin Hoffman

 

AHAD, 09 JUN 2013

7.30 mlm             9X

                                #GERILA PROJECT

Mengenai impian sebuah projek band, Go Gerila! yang ingin memberi memberi nafas baru dengan interpretasi muzik kreatif mereka.

 

8.30 mlm             CINTA JANGAN PERGI

                                EPISOD 19

Kerana rasa tanggungjawab, Lea terus menjaga Hud di Hospital bersama Hasmah. Kalil pula terus gelisah memikirkan mengapa Lea tidak terus meninggalkan Hud.  Kalil mula mengambil pil tidur.  Shireen yang bermalam di rumah Kalil cuba untuk memujuk Kalil menerimanya, tetapi hati Kalil tetap untuk Lea.  Melihat keadaan Kalil yang sudah mula khayal, Kalil memulakan niat jahatnya dan cuba menggoda Kalil.

Pelakon:  Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan, Nadiya Nisaa, Bil Azali, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob.

 

10.30 mlm           SARANGHAE

                                LIFTING KING KONG

Lee Ji-Bong, bekas pemenang pingat gangsa angkat berat Sukan Olimpik 1988, terpaksa bersara lebih awal apabila kecederaan dialaminya tidak membenarkan dia untuk kembali aktif.  Dia menjadi semakin kecewa apabila tidak mendapat sokongan daripada persatuan Olimpik Korea.  Akhirnya dia berkerja di kelab malam.  Pada suatu hari, bekas jurulatihnya dating dan menawarkan jawatan untuk menjadi jurulatih di sebuah sekolah pedalaman di Boseong. Bermulalah kisah lucu dan teladan bagaimana Lee Ji-Bong perlu melatih sekumpulan pelajar bermasalah sehingga mereka berjaya.

Pelakon:  Lee Beom Soo, Lee Beom Soo, Jo An, Lee Yun-Hee, Jeon Bo-Mi

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *