(HIBURAN) WALI pilih Malaysia untuk lancarkan album baru ke 4 mereka “DOAIN YA PENONTON”

Spread the love

IMG_7779

WALI Band telah melancarkan album baru mereka yang ke 4 berjudul “DOAIN YA PENONTON” dengan single pertama mereka “Jamin Rasaku” di Malaysia. Mengekalkan konsep muzik dangdut koplo, album yang mengandungi 11 lagu ini bakal menemui peminat di Malaysia dan Singapura pada awal bulan Mei 2014.

IMG_7760supersharp

WALI Band dianggotai oleh 4 anak muda dari  Ciputat, Indonesia iaitu Faank (vocal), Tomi (drum), Ovie (keyboard)  dan  Apoy sebagai pemain gitar nampak pasaran muzik di Malaysia amat berpotensi untuk diketengahkan dengan lagu-lagu baru WALI band.

“Kami memiliki Para WALI (sebutan untuk penggemar fanatik WALI) di Malaysia. Untuk itu, kami memilih Malaysia sebagai negara pertama perkenalan album terbaru kami,” kata Apoy, gitaris yang merangkap penulis lagu-lagu WALI band kepada pihak media semasa majlis pelancaran album “DOAIN YA PENONTON”  di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Malaysia.

Dalam majlis tersebut, WALI band juga tampil membawakan beberapa lagu hits mereka dan single pertama  album DOAIN YA PENONTON iaitu “Jamin Rasaku” untuk kali pertama kepada peminat dan media Malaysia. Majlis pelancaran album WALI ini juga selitkan dengan dengan penyerahan plak album dari CEO NAGASWARA , Rahayu Kertawiguna kepada WALI dan wakil pengedar di Malaysia iaitu Tropic Jaya Entertainment.

“Saya berharap, lagu-lagu WALI dapat terus diterima masyarakat Malaysia dan menginspirasi banyak orang,” kata Rahayu Kertawiguna.

Senarai lagu di dalam album DOAIN YA PENONTON

  1. Indonesia Juara
  2. Jamin Rasaku
  3. Serpihan Hatiku
  4. Junet
  5. Ada Gajah Dibalik Batu
  6. Doain Ya Penonton
  7. Ditinggal Kawin
  8. Obat Perkasa
  9. Cinta Diujung Nafas
  10.  Kalau Masih Bisa Memilih
  11. Kamu Masih Manusia

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *