(SEMASA) Natasha Hudson dan Amyra Rosli duta terbaru AURAWHITE

Spread the love

IMG_7665

Setelah lama mengunci mulut mengenai duta terbaru AURAWHITE, pada tarikh 1 Mei 2014 segala teka-teki mengenai barisan baru duta produk AURAWHITE terjawab sudah setelah duta produk sebelum ini iaitu Hanez Suraya tidak lagi menyambung kontrak beliau sebagai duta AURAWHITE.  Syarikat AURAWHITE GLOBAL SDN BHD kali ini memperkenalkan bukan hanya satu tetapi dua duta baru produk syarikat tersebut bagi memantapkan lagi barisan duta produk AURAWHITE disamping Izzue Islam yang merupakan duta bagi produk AURAMEN.

IMG_7675

Bertempat di ALOFT Hotel Kuala Lumpur, pelakon dan penyanyi Natasha Hudson serta pelakon muda Amyra Rosli telah diperkenalkan sebagai duta produk minuman kolagen dan produk kecantikan wajah keluaran AURAWHITE BEAUTY sempena majlis pelancaran duta dan santai bersama media syarikat AURAWHITE GLOBAL SDN BHD yang juga menjadi majlis penyampaian insentif kepada barisan stokis-stokis produk AURAWHITE.

Bercakap kepada media, Puan Furyna Azmeer serta suami En. Saiful Safwan yang merupakan pemilik syarikat AURAWHITE GLOBAL SDN BHD menjelaskan bahawa, “pemilihan Natasha Hudson dan Amyra Rosli selaras dengan konsep AURAWHITE yang lebih elegan, segar dan mengikut peredaran masa kini. Mereka merupakan pengguna setia AURAWHITE sebelum bersetuju menjadi duta kepada produk tersebut”. “ Kontrak sebagai duta AURAWHITE adalah untuk tempoh satu tahun”,  tambah Puan Furyna Azmeer.

IMG_7650

Produk supplemen AURAWHITE telah berada di pasaran hampir 2 tahun dan mendapat sambutan luar jangkaan dari pengguna. Produk minuman kolagen AURAWHITE mempunyai 3 jenis iaitu AURAWHITE BERRY, AURAWHITE CHOCOLATE INDULGENCE serta yang terbaru AURAWHITE STEMCELL. Minuman kolagen AURAWHITE ini terdiri dari ramuan premium yang terpilih dari kolagen ikan salmon, astaxanthin, 15x stem sel dari buah-buahan dan sayur – sayuran, vitamin serta mineral. Produk ini telah mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan dan ianya halal.

AURAWHITE GLOBAL SDN BHD juga mengeluarkan produk untuk kegunaan pengguna lelaki iaitu AURAMEN TURBO COLLAGEN dimana penyanyi dan pelakon Izzue Islam adalah merupakan duta rasminya. Produk AURAMEN TURBO COLLAGEN ini juga mendapat sambutan yang amat memberansangkan dari pengguna terutamanya kepada golongan yang mementingkan kesihatan dan penampilan yang menarik.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *