(HIBURAN) XPDC & MAY – BERGABUNG DALAM KONSERT METAL RETURN 1.0 LIVE @ STADIUM PERAK, IPOH!

Spread the love

SUDAH agak lama peminat-peminat muzik rock di negeri Perak tidak disajikan dengan konsert yang menggabungkan nama-nama hebat dan popular sepertimana pada era 80-an dan 90an. Tentu ramai rockers tegar terumata dari utara yang masih ingat Stadium Indera Mulia. lpoh yang menjadi lokasi wajib kumpulan rock popular seperti May, Febians. Bloodshed dan ramai lagi pada era itu.

Justeru itu, Ladyboss Studio yang berpangkalan di Ipoh mengambil inisiatif untuk menggabungkan dua kumpulan rock popular. XPDC dan May dalam Konsert Metal Return 1.0 Live @ Stadium Perak, Ipoh yang akan berlangsung pada 15 Disember ini. Ladyboss Studio adalah satu jenama besar di Ipoh yang mempunyai studio untuk proses rakaman demo, single. rakaman live artis solo dan berkumpulan, backing track, mixing & mastering serta pelbagai kemudahan lain.

Selain itu. pelbagai acara lain turut dianjurkankan oleh syarikat ini termasuk gigs. kelas zumba. parkhidmatan katering, majlis harijadi. masterclass dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan kolaborasi dua kumpulan ini sesuatu yang hebat kerana XPDC dan May layak diiktiraf antara kumpulan legenda rock Melayu di Malaysia selain Search dan Wings serta beberapa kumpulan lain.

XPDC dan May masih lagi relevan dalam industri muzik rock era kini. Bahkan lagu -lagu nyanyian mereka masih menjadi pilihan untuk dimainkan di radio serta dinyanyikan oleh peminat semua generasi di pusat pusat karaoke. Pasti berita ini ditunggu-tunggu oleh peminat rock di negari Perak yang semestinya dahagakan konsert berskala besar sepertimana yang dilalui suatu ketika dahulu.

XPDC yang dianggotai oleh Ali (vokal), Izo (gitar), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif (gitar) akan memberikan persembahan hebat dan memukau peminat. Mereka yang tampil dengan album terbaru berjudul Doa (Dakwah Only Allah) akan memperdengarkan lagu-Iagu popular XPDC serta lagu-lagu terbaru yang mempunyai mesej dakwah kepada peminat.

“Kita saling berkeongsi. Apa yang kami tahu, kamu kongsikan dengan peminat. Kamu bercerita benda yang baik dan orang akan dengar benda yang baik. Sama ada orang nak terima atau tidak, itu kerja Allah. Kami sudah puashati dapat menampilkan apa yang baik. Usia kami pun dah meningkat, tak kan  takkan masih nak menyanyikan lagu cinta. Peminat pun dah sama usia dengan kami. Pasti mereka dapat terima lagu sebegini,” kata Izo.

May pula ibarat balik kampung kerana mereka berasal dari Ipoh. Mus (penyanyi), Abu (gitar), Yus (bass) dan Man (drum) berasal dan Manjoi, Perak dan menjadi kebanggaan warga Perak selain kumpulan SYJ dan Sofea.
“Agak lama juga kami nak beraksi di negeri sendiri. Pasti May akan menggunakan peluang ini untuk memberikan persembahan terbaik yang memukau peminat,” kata Mus.

Tiket untuk Konsert Metal Return 1.0 Live @ Stadium Perak. Ipoh didapati dalam kepada beberapa kategori iaitu VIP ZONE RM150 di mana peminat berpeluang hadir untuk sesi meet & greet XPDC dan May dalam majlis hi-tea, mendapat T-shirt logo VIP dan menghadiri sesi soundcheck; kategori METAL ZONE RM95 akan mendapat T-shirt dan METAL ZONE RM60. Selain XPDC dan May, peminat juga boleh menyaksikan persembahan band-band undangan iaitu Farasu, Sparrow, Gfoss, Rockvival, Chronology, Ur’s, Portzero, Granite. Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band, Metalluka dan Holysnake. Acara sampingan lain iaitu pertandingan Kap-chai Supreme Hero 1.0 juga akan diadakan pada jam 10 pagi pada hari yang sama.. Dengan bayaran masuk RM80, peserta akan mendapat tiket Konsert Metal Return 1.0 Live serta T-shirt Event + Sticker + 1 Entry Lucky Draw.

Tiket konsert boleh didapati dengan menghubungi nombor-nombor yang tertera di poster, agen-agen sah atau secara online di www.stubapp.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *