PARAMORE kembali ke Malaysia buat kali kedua setelah buat kali pertamanya mereka mengadakan persembahan pada tahun 2010. Tahun ini merupakan detik manis buat 5,000 penonton yang hadir menyaksikan semula persembahan bertenaga selama satu jam 30 minit dari kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat ini dimana mereka telah mempersembahkan barisan lagu-lagu lama dan juga lagu terbaru mereka “ NOW”. PARAMORE bakal muncul dengan album terbaharu mereka yang bakal dilancarkan pada 9 April depan. Tepat pukul 9 malam, kemunculan vokalisnya, Hayley Williams dan dua anggota Paramore lain iaitu Jeremy Davis (bass) dan Taylor York (gitar) menggamatkan suasana Stadium Negara dengan sorakan peminat-peminat fanatik mereka. Pada malam tersebut PARAMORE telah menyampaikan sebanyak 18 buah lagu. Lagu berjudul Now yang dipetik daripada album baharu mereka dijadikan sebagai lagu pembukaan konsert mereka pada malam itu. Konsert pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran kumpulan Me Without You dari Amerika Syarikat sebagai pembuka tirai konsert Paramore dengan menyampaikan tujuh buah lagu. Kuala Lumpur merupakan bandar raya ketiga konsert jelajah Asia Tenggara Paramore selepas Manila dan Bangkok. Selepas konsert di Kuala Lumpur, mereka akan ke Australia untuk festival Soundwave pada 23 Februari ini. Read more →
(HIBURAN) Terbaik Daripada PARAMORE
(SEMASA) Pelancaran Blackberry Z10
BlackBerry Malaysia (NASDAQ: BBRY TSX: BB) hari ini melancarkan BlackBerry terbaru Blackberry Z10 di Malaysia. BlackBerry Z10 (skrin sentuhan) adalah telefon pintar pertama yang dijanakan oleh platform BlackBerry 10. Platform Blackberry ini telah direka semula (re-designed), kejuruteraan semula (re-engineered) , dan dicipta semula (re-invented ) untuk memberi pengalaman pengkomputeran mudah alih yang terbaru dan unik. Terdapat dalam dua warna pilihan untuk telefon pintar terbaru ini iaitu Hitam dan Putih. BlackBerry Z10 akan berada di pasaran bermula 9 Mac 2013 dengan syarikat telekomunikasi Maxis akan memulakan program pra-pendaftaran bermula esok 21 Februari 2013 diikuti oleh syarikat telekomunikasi Celcom dan DiGi pada 8 April 2013. Harga cadangan untuk Blackberry Z10 untuk pasaran Malaysia adalah sekitar RM2188. Read more →
(HIBURAN) Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25)
Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) bakal dilangsungkan pada 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bakal menyaksikan 59 filem cereka, 66 filem pendek dan 14 filem animasi bersaing untuk 23 kategori yang dipertandingkan. Majlis anugerah pada kali ini bakal dihoskan oleh dua Fahrin Ahmad dan Erra Fazira dan ini merupakan gandingan kali pertama sebagai pengacara majlis anugerah. Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan disiarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2. Selain malam anugerah, Majlis Perasmian FFM 25 akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di pusat beli-belah e@Curve, Damansara. Dari senarai pencalonan, filem Bunohan dan Songlap nampaknya mendominasi kategori-kategori utama FFM25 dan ini adalah sesuatu yang menarik serta positif untuk filem-filem berkualiti seumpamanya. Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi. Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di’nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan. Read more →
(HIBURAN) Filem ” Pada Suatu Cinta Dahulu “
Rasa tertekan Zainal dengan alam perkahwinannya yang sekarang ini, mengingatkan beliau kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, ketika dia di alam persekolahan Zainal terkenal dengan kenakalannya ketika itu Zainal baru tingkatan 4. Waktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bos
(HIBURAN) “Adnan Sami Live in KL 2013” pada 1 Mac 2013
Adnan Sami. Maestro Bollywood kembali!!! Beliau kini kembali dengan album terbaru berjudul “Press Play” . Ia merupakan album ke 13 dan telah dilancarkan pada Januari tahun ini dan salah satu daripada tarikh lawatan pertama promosi beliau bagi tahun adalah konsert penuh di Kuala Lumpur pada 1 Mac 2013 bertempat di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur. Ia dibawakan oleh TRISH EVENTS sebagai promoter konsert untuk kali ini.




