(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2016 Kembali Menggegarkan Dengan 6 Sebab Utama!

Spread the love

AOS16PR (104)Acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia iaitu Art of Speed kembali lagi tahun ini dengan pembaharuan isi yang lebih padat dan besar-besaran. Acara ini yang terkenal dengan pertunjukan gaya hidup automotif, pameran kereta dan motosikal, galeri seni, aktiviti interaktif dan juga aksi lagak ngeri (stunt)!

AOS16PR (108)Pengasas Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar menjelaskan kepada kami enam sebab mengapa AOS2016 acara tahun ke-5 menjadi acara yang dinanti-nantikan tahun ini!

  1. Bertemu Lagenda Permotoran & Sukan

Pengunjung AOS2016 berpeluang bertemu lagenda antarabangsa dalam dunia modifikasi kenderaan dan juga kenderaan yang dibawa khas dari Jepun. Lagenda sukan papan selaju, Steve Caballero juga turut hadir buat pertama kali ke Malaysia.

  1. Kenderaan Modifikasi Terbaik dari Malaysia dan Luar Negara

Pameran lebih daripada 200 buah kereta & motosikal modifikasi dalam dua dewan berasingan. Ia merangkumi kenderaan klasik dan juga generasi baru bernilai jutaan ringgit termasuk dua buah Harley-Davidson ubahsuai dan sebuah kereta “Hopping Lowrider” model Chevrolet Malibu yang dibawa khas dari Jepun.

  1. Aktiviti Buat Seluruh keluarga

Jenama kesukaan ramai termasuk Hot Wheels & Vans turut hadir dengan aktiviti tersendiri di “House of Vans”. Lebih 300 jenama lain turut serta menjual pelbagai produk tempatan & antarabangsa.

  1. Demo Sukan Lasak

Sesi demonstrasi oleh atlet profesional papan selaju akan diadakan di “House of Vans”. Aksi stunt motosikal berkuasa tinggi bersama Aaron Twite dari USA juga dirancang, dan lagenda sukan drift negara Tengku Djan Ley akan mengadakan sesi “Taxi Ride” bersama pengunjung bertuah.

  1. Galeri Seni Antarabangsa

Galeri seni “MotoCircus” mempertengahkan artis-artis dalam dan luar negara yang sedia menawarkan khidmat “pinstriping” dan “lettering” kepada peminat.

  1. Cabutan Bertuah

Cabutan bertuah tahun ini menyediakan hadiah utama berupa sebuah motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville Street Twin 2016 tajaan Fast Bikes Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal Triumph Motorcycles Malaysia. Pemenang bertuah tersebut adalah Wan Muhammad Afiq bin Wan Mamat, 20 tahun berasal dari Kelantan dan masih bujang.

AOS16PR (102)Tahun ini juga AOS akan memperkenalkan PAINTHEAD ASIA iaitu pertunjukan seni dari sekumpulan artis serantau yang akan berkongsi satu platform untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka.

Pameran seni yang pertama seumpamanya di Asia, juga memupuk kerjasama lanjut di kalangan artis antarabangsa dan tempatan seperti Bacon Decoration “Jun” dari Jepun, Arkiv Vilmansa & Fahmi Freeflow dari Indonesia, Mr. Pinman & Twocs Itthipong dari Thailand, Mark SBTG & Feroze McLeod dari Singapura akhir sekali mewakili Malaysia adalah Adrian Nunis “Affa Project” & Ezudean Ishak “Rolling Ink”.

AOS16PR (42)Pertunjukan seni berkumpulan ini menggunakan medium topi keledar yang ditaja oleh Beetle Helmet dari negara Jepun. Setiap topi keledar yang direka oleh artis-artis yang dinyatakan di atas akan dijual melalui “Silent Auction” dan menurut penganjur, 100% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada artis tersebut.

Dengan pengisian acara yang istimewa ini, pengunjung yang datang dapat melihat sendiri dengan lebih dekat hasil seni dari artis-artis antarabangsa dan juga menyokong bakat artis tempatan kita yang mempersembahkan hasil seni mereka di pameran PAINTHEAD ASIA.

AOS16PR (2)Selain PAINTHEAD ASIA, tarikan lain di Art of Speed adalah termasuk penampilan khas iaitu Jason Webber dari ATR Choppers USA, Jeff Leighton dari The Wretched Hive USA, Steve Caballero dari USA, Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Hi-Technix Japan Lowrider Hopping Show dari Jepun, Koji Hamada dari Hammer Sycle Jepun, Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun, The Nash dari Burnout Magazine Japan, dan kumpulan kolektif artis pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.

AOS16PR (82)Art of Speed 2016 juga menampilkan pertandingan Show and Shine di dalam dewan bertutup iaitu Dewan A dengan kenderaan kustom & klasik sementara Dewan C pula adalah Street Tuner Village yang bersaiz 150,000 kaki persegi yang berhawa dingin, acara stunt & persembahan demo istimewa motosikal trial bersama pelumba tempatan, galeri seni Moto Circus dengan artis tempatan dan antarabangsa, Kustom & Coffee Talk, aktiviti kanak-kanak dan keluarga seperti belon air gergasi, aktiviti kebajikan kumpulan Star Wars, Soapbox Show & Go!, jualan bazaar dan arena papan selaju.

AOS2016 juga telah mengadakan Mega Club Gathering yang membawa sedikit kelainan kepada semua pemilik-pemilik kenderaan lama, retro dan klasik. Penganjur menyediakan ruang parking ekslusif kira-kira seluas tiga ekar yang dapat memuatkan lebih kurang 1,000 buah kenderaan.

AOS16PR (81)Objektif pengisian acara ini adalah lebih menjurus kepada kelab-kelab dan juga pemilik kenderaan persendirian yang ingin berkumpul dan mengeratkan hubungan persahabatan. Mega Club Gathering ini telah diperkenalkan semenjak tahun 2015 untuk memenuhi permintaan komuniti dimana mereka boleh berkumpul secara beramai-ramai dan bebas keluar dan masuk ke tapak acara tidak seperti penyertaan pertandingan dimana kenderaan perlu diparkir secara tetap dan dihias. Peserta MCG juga dapat mengeratkan hubungan dengan kelab-kelab lain di mana rata-rata datang dari seluruh Malaysia.

Setiap peserta MCG hanya perlu menghantar minimum 10 penyertaan dari setiap kelab. Setiap penyertaan hanya RM60 dan pakej termasuk sehelai baju Show Guest, sekeping tiket dewan, stiker acara dan pass parking VIP. Asep Ahmad, penganjur AOS berharap inisiatif ini dapat dilihat sebagai satu langkah positif untuk semua kelab-kelab kenderaan lama di Malaysia kekal aktif dan mengambil peluang di acara AOS sebagai platform untuk berkumpul dan menikmati layanan VIP dengan kemudahan dan pengisian yang  bertaraf antarabangsa di MAEPS, Serdang.

AOS16PR (80)Selain itu, acara ini juga turut memperkenalkan aplikasi mudah alih rasmi Art of Speed Malaysia yang  boleh dimuat turun di semua peranti pintar iPhone dan Android. Aplikasi ini adalah yang pertama seumpamanya untuk sebuah acara komuniti automotif di Malaysia.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal telah memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Acara kelima Art of Speed telah berlaku di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 28 dan 29 Mei 2016 dan dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung termasuk pelawat antarabangsa yang hadir dari USA, Jepun, Australia, Taiwan, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Senarai pemenang-pemenang Show & Shine AOS2016 :

Best of Show Motorcycle

Pemenang :  Beautiful Machines (Malaysia)

Kenderaan : 1993, Harley-Davidson Heritage Softail

Best of Show Automobile

Tiada pemenang tahun ini.

MOONEYES Pick

Asep & Deni, penganjur Art of Speed Malaysia

Jason Webber’s Pick

Pemenang :  Gimme Shelter Service Chop (Malaysia)

Kenderaan: 1966, Harley-Davidson Shovelhead

Jeff Leighton’s Pick

Pemenang :  Gimme Shelter Service Chop (Malaysia)

Kenderaan: 1998, Harley-Davidson Evo Chopper

Cherry’s Company’s Pick

Pemenang :  Lanun Johor (Malaysia)

Kenderaan: 2015, Moto Guzzi V7

Hammer Scycle’s Pick

Pemenang :  Strokers (Malaysia)

Kenderaan: 1941, Matchless G3L

Hi-Technix’s Pick

Pemenang :  Rahul Mayer (Malaysia)

Kenderaan: 1979, Pontiac Firebird Trans Am

Kategori Kereta

  1. Best of 60’s – Hadi Murba (Malaysia)
  2. Best of 70’s – Mazda Enthusiast (Malaysia)
  3. Best of 80’s – Ahmad Hafiz Bimmer Utara (Malaysia)
  4. Best of JDM Pre-1992 – Chan Chee Kion (Malaysia)
  5. Best of JDM Post 1992 – Kenichi Kong (Malaysia)
  6. Best of Custom Retro Pick-Up – GGE Garage (Malaysia)
  7. Best of Radikal (Classic & Modern) – GAF Speedshop (Malaysia)
  8. Best of Custom VW Aircooled – Hafizuddin Sulaiman (Malaysia)
  9. Best of Custom & Restored VW Van (Highlight) – Kelab VW Negeri Terengganu (Malaysia)
  10. Best of K-Car – Md. Fadhli Zil Iqram (Malaysia)
  11. Best of USA – Rahul Mayer
  12. Best of Custom Continental – Arte Grande (Malaysia)
  13. Best of Rat Look – Mohd Firdaus (Singapura)
  14. Best of Stance – Azizi (Malaysia)

Kategori Motosikal

  1. Best of Open Class – Fatboy Design (Thailand)
  2. Best of Chopper – Beard Brothers Cycle Co. (Singapura)
  3. Best of Bobber – Jeme No Die Cycle (Malaysia)
  4. Best of Café Racer – Rotten Motocycles (Malaysia)
  5. Best of Modified Harley-Davidson inc. Sportster, Softail & Pro Street – Vicious Cycles Singapore (Singapura)
  6. Best of Custom Bagger (Highlight) – Kepala Kuasa MG (Malaysia)
  7. Best of Jap Style & Tracker – Rotten Motocycles (Malaysia)
  8. Best of Restored Classic Scooter – Razlan Isman (Malaysia)
  9. Best of Streetcub – Sai Long (Malaysia)
  10. Best of Radical Ruckus – Shawn Seelan (Malaysia)
  11. Best of Restored Retro Japanese – Retromania (Malaysia)
  12. Best of Restored Classic Continental & American – Rotten Motocycles (Malaysia)
  13. Best of Custom Street Bike – Kenstomoto (Malaysia)

Kategori Basikal Lowrider

  1. 12”, 16” & 20” wheel lowrider – Mooks Roda Radikal (Malaysia)
  2. 24”, 26” & open wheel lowrider & limousine – Izzat Double Dice Crew (Malaysia)

AOS16PR (76)

AOS16PR (73)

AOS16PR (62)

AOS16PR (50)

AOS16PR (55)

AOS16PR (36)

AOS16PR (30)

AOS16PR (23)

AOS16PR (14)

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *