(SEMASA) Ayam Brand™ Pamer Kempen Penjagaan Komuniti Mampan Untuk Tahun Ke-10 Tahun Bersempena Ulangtahunnya Yang Ke-125

Spread the love

 

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2017 – Ayam Brand™ kini menandakan pencapaian terpentingnya dengan sambutan ulangtahunnya yang ke-125 dengan pelancaran kempen Penjagaan Komuniti Ayam Brand™ untuk tahun kesepuluh yang jatuh serentak dengan penamaannya sebagai jenama pendahulu di rantau ini untuk penggunaan minyak sawit mampan oleh World Wide Fund for Nature (WWF). 

Jenama isi rumah paling digemari ini tersohor dengan barisan meluas produk-produk dalam tin yang bebas pengawet; sihat dan memudahkan, yang memberi definisi kepada makna sebenarnya amalan kemampanan dalam kewujudannya selama ini; inovasi; kesedaran alam sekitar dan komitmennya sebagai penyumbang serta penggerak inisiatif komuniti seperti yang ditunjukkan dalam program khidmat masyarakatnya (CSR) yang telah masuk tahun ke-10 ini.

Tema bagi sambutan ulangtahun ke-125 dan Kempen Penjagaan Komuniti Ayam Brand™  ini ialah Kami Peduli, Kami Keluarga.

Sejak lebih sepuluh tahun Kempen Penjagaan Komuniti Ayam Brand™ ini dijalankan, ia telah memberi manafaat kepada hampir 18,000 orang dari 421 pertubuhan kebajikan – membekalkan mereka dengan 3,234,600 hidangan berkhasiat sebagai sebahagian daripada usaha jenama ini menyediakan penjagaan jangka panjang; mampan dan nyata kepada mereka yang memerlukan melalui sumbangan makanan berkhasiat dan aktiviti pengayaan yang disasarkan kepada pembentukan kemahiran hidup.

Kempen kebajikan tahun ini telah mencapai 59 rumah kebajikan di 10 buah lokasi di Malaysia dan Brunei yang mana 381,960 makanan berkhasiat telah dibekalkan kepada mereka yang memerlukan dengan para penerima telah menerima produk-produk-produk Ayam Brand™ yang mencukupi untuk tiga hari bagi tempoh selama dua bulan.

Salah satu acara dalam kempen ini ialah pertandingan Junior Chef Ayam Brand™ yang disasarkan untuk mendidik kanak-kanak kepentingan memasak sebagai satu  kemahiran hidup selain menanamkan tabiat memilih makanan sihat.

Di Kuala Lumpur dan Selangor, para penerima sumbangan ini datang dari pertubuhan-pertubuhan kebajikan termasuklah Rumah Kasih, Rumah Solehah; Pertubuhan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Home of Peace KL; San Pedro Orphanage Home; Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah; Persatuan Rumah KIDS; dan Trinity Children Centre.

Ayam Brand™ menekan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi  Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; memperbaiki penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Kempen Penjagaan Komuniti Ayam Brand™ ini adalah selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengurangka kes obesiti di Malaysia dengan cara mendidik dan menggalakkan kanak-kanak membuat pemilihan makanan bijak.

Menurut Pengerusi Ayam Brand, Yang Mulia Tunku Datuk Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed, beliau amat teruja dan berbesar hati melihat pencapaian kempen penjagaan komuniti ini telah berkembang sejak ia mula dilancarkan.

“Kami amat berbangga kempen kebajikan tahunan ini telah membekalkan lebih sejuta hidangan kepada mereka yang berada di 421 pertubuhan kebajikan di Malaysia dan Brunei sejak ia mula dilaksanakan dengan memberikan mereka makanan berkhasiat dan menyihatkan yang dapat disediakan dengan cepat dan mudah.

“Setiap tahun, kami merancang aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak yang kerap kali mempunyai kaitan dengan masakan dan nutrisi yang baik agar mereka dapat mempelajari kemahiran hidup yang penting ini; meningkatkan keyakinan diri dan menjadi lebih berdikari,” kata Mu’tamir.

Keseluruhan produk Ayam Brand™ adalah bebas MSG dan pengawet; boleh dimakan terus dari tin dan disahkan Halal, sesuai untuk pengguna umat Islam.

Bekas penghuni  Rapha Children’s Home di Kuantan, Pahang, Moses Lim, 22, masih mengingati Kempen Penjagaan Komuniti Ayam Brand™ dan Pertandingan Junior Chef dengan jelas kerana dia turut menyertainya sewaktu remaja. Ia memberikannya dorongan untuk mengejar minat dalam masakan, Moses yang baharu sahaja menamatkan profram Diploma Kejuruteraan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah kini bekerja di sebuah rantaian restoran popular di Singapura dan menggunakan gajinya itu untuk mendapatkan Ijazah Kejuruteraan Awam.

“Sejak mula berlatih untuk pertandingan Junior Chef Ayam Brand™, minat saya terhadap masakan semakin bertambah. Kami menjuarai pertandingan di Pahang pada tahun itu dan saya terus memasak; mengumpul lebih banyak kemahiran daripada para senior serta menguji kaji pelbagai masakan. Disebabkan inspirasi awal itulah saya kini memiliki kemahiran yang boleh dipasarkan  dan ia membantu telah membantu menzahirkan impian-impian saya,” kata beliau satu mesej video.

Pengasas Home of Peace Charity, Justine Morais yang bercakap bagi pihak semua penerima di Lembah Klang berkata, sumbangan Ayam Brand™ amat bermakna kerana ia mempelbagaikan diet harian para penghuni rumah-rumah kebajikan selain ia amat mudah dan pantas untuk disediakan.

“Kanak-kanak menggemari produk-produk Ayam Brand™ kerana mereka melihatnya sebagai satu hadiah. Kami menghargainya kerana ia menyihatkan dan mudah disediakan. Pertandingan Junior Chef pula satu acara besar kerana ia mempunyai satu matlamat – menyediakan makanan hebat yang lazat dan menyihatkan. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand di atas sumbangan jangka panjang dan mampan kepada semua kanak-kanak di Malaysia selama 10 tahun ini,” kata Justine.

Turut serta bersama kanak-kanak pada acara tersebut ialah pelakon dan hos televisyen popular, Nina dan blogger serta usahawan, Sue Lynn yang juga berkongsikan pengalaman Ayam Brand™ mereka.

“Produk-produk Ayam Brand, terutamanya sardin dalam sos tomato adalah sebahagian daripada keluarga saya sejak dahulu. Saya masih ingat menikmatinya di rumah datuk dan nenek. Sanwic sardin merupakan makanan ruji pada setiap perkelahan dan majlis harijadi sewaktu saya membesar. Kami menikmati sardin masak kicap dan kari sardin. Saya dapat mengaitkan banyak pengalaman gembira dengan Ayam Brand. Kini setiap kali saya membuka setiap tin, bukan sahaja rasanya yang membuatkan saya gembira, tetapi juga pengalaman-pengalaman indah yang pernah dilalui akan kembali bermain di fikiran. Saya tidak sangka Ayam Brand sudah berusia 125 tahun, tetapi benar, ia mempunyai rasa klasik yang kita sentiasa ingati,” kata Nina sewaktu sesi perkongsian.

Bagi Sue Lynn pula, dia menggunakan produk-produk Ayam Brand bagi melengkapkan kehidupannya sibuk dan keinginannya untuk mendapatkan makanan sihat yang lebih organik.

“Jadual harian yang sibuk dan padat membuatkan saya memberi penekanan kepada pengambilan produk organik dalam hidangan kerana rasa, kesihatan dan kualiti adalah penting bagi saya. Makan malam mungkin salad tetapi saya menambahkan protin dengan mengambil barisan terkini tuna dalam minyak zaitun organik Ayam Brand dan kuah sayuran organik. Ia sangat mudah, buka sahaja penutupnya; tambahkan kepada salad dan makan malam sudah tersedia. Untuk hari saya memerlukan pembakar semangat, saya mengambil NutriSUP Ayam Brand. Ia selazat resipi ibu saya! Ayam Brand bebas bahan pengawet dan tiada produk MSG seta amat sesuai bagi saya,” katanya.

Baru-baru ini Ayam Brand telah diiktiraf oleh WWF bagi Alam Semulajadi sebagai pendahulu dalam Kad Skor Pembeli Minyak Sawit – Malaysia dan Singapura 2017 di atas penggunaan minyak sawit mampan. Jenama berkenaan beralih kepada penggunaan minyak sawit mampan pada 2010 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil syarikat tempatan yang membuat komitmen ini.

Syarikat berkenaan mempunyai pelbagai inisiatif mampan yang sedang dilaksanakan untuk menjadikannya lebih mesra alam, hijau dan bersih dalam membekalkan pilihan makanan dalam tin yang lebih sihat dan bertanggungjawab dalam penyumberannya kepada para pengguna yang mana ini termasuklah ikrarnya untuk menjadikan kesemua bangunan dan kilangnya mendapat pensijilan Green Mark menjelang 2030 selain mengurangkan pengunaan tenaga antara 25 hingga peratus dengan pemasangan panel solar 1.4 Megawatt di bumbung enam buah fasilitinya di Malaysia. Pengesan dan perisian terkini akan membolehkan penyeliaan dan pengawalan penggunaan tenaga masa sebenar dilakukan di kilang-kilang dan pejabat-pejabat ini.

“Ayam Brand™ ialah mengenai kemampanan. Kami berpegang kepadanya untuk jangka masa panjang baik dalam soal inovasi dan kesinambungan; penjagaan komuniti; kemesraan kepada alam dan kepuasan pelanggan,” kata Mu’tamir dalam ucapan penutupnya.

Untuk maklumat lain mengenai Ayam Brand™, sila lawati pautan www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes .


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *