(SEMASA) Bintang Terkemuka Korea Jun Ji Hyun berkongsi rahsia kulitnya yang halus dan bercahaya Dengan Hada Labo Lotion

Spread the love

Hada Labo promotional event to announce South Korean actress, Jun Ji Hyu...

Pelakon terkemuka Korea yang terkenal sebagai wanita  utama dalam drama Korea “My Love from the Star”, Jun Ji Hyun (juga dikenali sebagai Gianna Jun),  duta terbaharu Hada Labo muncul di Shanghai baru-baru ini untuk menghadiri sidang media untuk Hada Labo Lotion. Jun Ji Hyun yang terkenal dengan kecantikan semulajadinya, amat padan dan  sempurna untuk jenama penjagaan kulit Hada Labo yang berpegang teguh kepada falsafah  “Sempurna X Ringkas”. Di dalam sidang media tersebut, Jun Ji Hyun berkongsi rahsia bagaimana untuk  memiliki kulit yang cantik dan sihat.
Jun Ji Hyun berkongsi rahsia kulitnya yang halus, mulus dan terhidrat
Dengan raut wajah yang segar berseri, Jun Ji Hyun yang hadir dengan baju berwarna putih memukau para hadirin dengan kesempurnaan dan keanggunan semulajadinya. Presiden Mentholatum Asia Pasifik, Cik Anita Ng, turut hadir bersama beliau untuk merasmikan pelancaran formulasi terbaharu Hada Labo Lotion dan pengumuman Jun Ji Hyun sebagai duta terbaharu Hada Labo.

Selain itu, iklan terbaharu Hada Labo Lotion untuk tahun 2014 juga ditayangkan dalam sidang pelancaran tersebut dengan menampilkan Jun Ji Hyun yang berkongsi pengalamannya menggunakan Hada Labo Lotion untuk kelembapan sepanjang hari. Bertutur dengan petah dan fasih dalam Bahasa Mandarin, beliau berkata “Sudahkan anda menggunakan Hada Labo Lotion? Kulit sungguh lembap dan elastis” Walaupun dengan naluri komersial dan air muka yang cukup cemerlang, Jun Ji Hyun tetap menunjukkan tingkah laku yang mesra sambil memelihara sikapnya yang ramah dan elegen.

Apabila ditanya mengenai kerjasamanya dengan jenama penjagaan kulit antarabangsa Hada Labo, Jun Ji Hyun berkata “Saya suka menggunakan Hada Labo kerana ia amat sesuai untuk kulit saya. Saya lebih gemar dengan pendekatan yang ringkas, sama ada dalam gaya hidup mahupun dalam penjagaan kulitsaya.  Ini amat selaras dengan falsafah “Sempurna x Ringkas” Hada Labo. Apabila Hada Labo melamar saya untuk menjadi duta jenama mereka, saya amat teruja dan berbesar hati kerana saya amat sukakan jenama ini. Saya amat gembira dengan peluang kerjasama ini!”. Selain dari rejim penjagaan kulit yang asas, Jun Ji Hyun juga berkongsi rahsia bagaimana untuk mencapai penampilan yang konfiden dengan kulit yang cantik dan sihat. “Melembapkan kulit amat penting kerana ia membantu untuk memelihara keseimbangan lembapan kulit pada tahap optimum. Oleh itu Hada Labo Lotion adalah produk yang wajib dalam rejim penjagaan kulit harian saya. Dengan Hada Labo Lotion, kulit takkan sama lagi” tambah Jun Ji Hyun.

Hada Labo Lotion, sudahkah anda menggunakannya?
Hada Labo Lotion adalah produk utama jenama penjagaan kulit Hada Labo. Lotion serba guna ini telah dilancarkan di Asia sepuluh tahun dahulu. Semenjak itu, jenama ini telah memenangi hati beratus ribuan pengguna dan juga telah menjual lebih dari jutaan botol di seluruh As ia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *