Secara rasminya BlackBerry Z30 diperkenalkan kepada pihak media di majlis pelancaran yang telah berlangsung di Westin Hotel Kuala Lumpur. Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, pihak BlackBerry Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, BlackBerry Z30 yang mana diperkenalkan buat pertama kali secara rasmi di dunia. Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang dipilih untuk pelancaran telefon pintar terbaru ini.
BlackBerry Z30 mempunyai ciri-ciri seperti skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, dan dilengkapi dengan BlackBerry OS 10.2, beberapa fungsi tambahan baru dilengkapi bersama-sama dengannya. Kemampuan kamera pada BlackBerry Z30 in juga turut sama ditambah baik, selain pengenalan bateri berkapasiti 2880mAh, telefon pintar ini juga dipacu dengan cip pemprosesan 1.7GHz dwi-teras dan ditambah dengan kemampuan sokongan audio yang lebih baik melalui Stereo Speaker serta turut sama menambah baik BBM Video dengan sokongan baru dipanggil Natural Sound, membolehkan pengguna menikmati kualiti audio yang lebih baik berbanding panggilan telefon.
BlackBerry Z30 akan dijual pada harga RM1998. Pada acara pelancaran rasmi BlackBerry Z30 ini juga, pihak BlackBerry mengumumkan peranti BlackBerry Z30 boleh didapati pada harga lebih rendah dengan pakej pelan data syarikat telekomunikasi Celcom bermula 5 Oktober 2013.