(SEMASA) BMW Group Malaysia Meraikan Pusat Pengedaran dan Individu Cemerlang di Malam Anugerah Pengedar BMW Group Malaysia 2022.

Spread the love

Kuala Lumpur, 22 Julai 2022 – BMW Group Malaysia baru sahaja mengadakan Malam Anugerah Pengedar tahunannya di Grand Hyatt Kuala Lumpur, dimana lebih daripada 200 orang wakil dan individu dari seluruh jaringan BMW hadir untuk meraikan pencapaian luar biasa serta jiwa mereka dalam menjulang Kenikmatan Pemanduan Sempurna.

23 pusat pengedaran BMW, MINI, BMW Motorrad dan BMW Premium Selection yang bertauliah dari seluruh negara telah diiktiraf atas standard perkhidmatan mereka yang cemerlang, dedikasi dalam membekalkan servis kenderaan dan khidmat pascajualan yang terbaik – dan paling utama sekali, berpegang kepada janji untuk menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium buat para pelanggan.

Dalam ucapannya, Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia telah memberi penghormatan kepada para wakil pengedar dan rakan sekutu, “Tahun lalu, rakan-rakan sekutu kita telah mendedikasikan usaha dan masa mereka yang berharga, di samping kemahiran dan pengalaman mereka yang berusia berdekad lamanya demi membekalkan perkhidmatan yang terbaik buat semua pelanggan kita di Malaysia. Kami di BMW Group Malaysia berbesar hati kerana berpeluang untuk memiliki sebuah jaringan wakil pengedar yang begitu berdedikasi yang bukan sahaja mencerminkan amalan kita sebagai pengeluar kenderaan Nombor Satu dalam Segmen Automotif Premium, tapi juga secara konsisten telah menaikkan tanda aras dalam khidmat pelanggan yang dibekalkan kepada industri automotif tempatan, menjadikan Pengalaman Pemilikan Premium BMW sebagai satu standard bagi khidmat pascajualan di dalam negara.”

Persijilan Pakar Voltan Tinggi BMW.

Persijilan Pakar Voltan Tinggi BMW telah dipersembahkan kepada para individu yang telah melalui latihan pengkhususan intensif dalam kepakaran bateri kenderaan elektrik serta kenderaan BMW i.

Barisan pakar yang diperakui ini terdiri daripada Choo Yee Khai dari Auto Bavaria Penang, Balamurali J. Keshenan dari Auto Bavaria Tebrau, Chang Duen Khang, Chai Meng Wah dan Rampirabu Engiddaraman dari Auto Bavaria Ara Damansara, Thamotharan Pannirselvan dari Tian Siang Premium Auto Butterworth, Muhammad Faiz dari Regas Premium Sabah, Yap Kah Jun dan Fong Song Yuan dari Auto Bavaria Kuala Lumpur, serta Thang Chin Fai dari Millennium Welt Seremban.

Anugerah Pengedar Pascajualan BMW 2022.

Malam Anugerah Pengedar BMW Group Malaysia 2022 telah mengiktiraf pencapaian luar biasa para individu dalam segmen Pascajualan, yang merentasi kategori Teknikal, Pegawai Khidmat Pelanggan, Ketua Alat Ganti, Ketua Pascajualan dan Kategori Terbuka.

Anugerah kategori Terbuka telah jatuh kepada Wai Kit Peng dari Auto Bavaria Kuala Lumpur, Supiyati binti Ahmad dari Auto Bavaria Ara Damansara dan Tuan Mohd Shafik bin Tuan Shamsuri dari Millennium Welt Kuantan.

Bagi kategori Teknikal, anugerah ini telah diberikan kepada Thamotharan a/l Pannirselvan dari Tian Siang Premium Auto Butterworth, Rodi Ajang Anthony dari Regas Premium Auto dan Ahmad Idris bin Md Derus dari Quill Automobiles.

Bagi kategori Pegawai Khidmat Pelanggan pula, anugerah ini telah disampaikan kepada Shim Kuan Guan dari Regas Premium Sabah, Noor Haslina binti Jahaya dari Lee Motors Auto Care dan Tan Qi Herng dari Millennium Welt Batu Pahat.

Akhir sekali, kategori Ketua Alat Ganti menyaksikan Pea Fong Fong dari Lee Motors Auto Care dan Bijamin Anak Changgan dari Auto Bavaria Johor Bahru membawa pulang anugerah tersebut; manakala anugerah Ketua Pascajualan telah jatuh kepada Liew Sun Hoong dari Quill Automobiles, Mohd Azlan Aladin dari Auto Bavaria Penang dan Anthony David dari Auto Bavaria Ara Damansara.

Anugerah Pengedar BMW Motorrad 2022.

Anugerah Pengedar BMW Motorrad telah menonjolkan pencapaian luar biasa setiap entiti dalam menjadikan hidup para pelanggan sebuah pengembaraan. Anugerah tersebut telah dibahagikan mengikut kategori kepada Juruteknik BMW Motorrad, Penasihat Servis BMW Motorrad, Pengurus Pascajualan BMW Motorrad, Penasihat Jualan BMW Motorrad, dan Pengurus Jualan BMW Motorrad.

Mengiktiraf Juruteknik BMW Motorrad yang terbaik, anugerah ini telah disampaikan kepada Mohd Hanafi Abdul Ghapar dari Auto Bavaria Ara Damansara dan Muhammad Farkhan Iman dari Chear Motorrad.

Bagi kategori Penasihat Servis BMW Motorrad, pemenangnya ialah Mohamad Sopian dari EL Chong Motor dan Tee Kean Chu dari Auto Bavaria Penang. Sementara itu, kategori Pengurus Pascajualan BMW Motorrad telah menyaksikan Nicholas Yo dari Regas Premium Auto dan Eugene Francis dari Millennium Welt Kuantan membawa pulang anugerah tersebut.

Manakala kategori Penasihat Jualan BMW Motorrad dimenangi oleh Gary Saw Kooi Hong dari Auto Bavaria Penang dan Wee Wei Ping dari EL Chong Motor. Akhir sekali, anugerah kategori Pengurus Jualan BMW Motorrad jatuh kepada Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang dan Theresa Tan dari Regas Premium Sabah.

Anugerah Kelab MINI Issigonis 2022.

Anugerah Kelab MINI Issigonis mempamerkan kejayaan dalam membekalkan BIG LOVE kepada para pelanggan menerusi jenama MINI, dibahagikan kepada kategori-kategori berikut – Pusat Pengedaran Terbaik MINI, Pengurus Jualan Terbaik MINI, dan Penasihat Jualan Terbaik MINI. Anugerah tersebut dibahagikan lagi di bawah MINI John Cooper Works (MINI JCW), MINI Cooper S, dan MINI Cooper.

Bagi anugerah Penasihat Jualan Terbaik MINI dalam kategori MINI Cooper, pemenangnya ialah Cally Chan Li Beng dari Auto Bavaria Penang dan Eliz Wong Yoon Hiung dari Millennium Welt Seremban; pemenang kategori MINI Cooper S pula ialah Farizz Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Alan Yu Kok Yeong dari Wheelcorp Premium. Dalam kategori MINI JCW, pemenangnya ialah Belinda Ong Gaik Choo dan Lee Sok Yee dari Auto Bavaria Ara Damansara.

Sementara itu, anugerah Pengurus Jualan Terbaik MINI jatuh kepada Wong Kim Kooi dari Auto Bavaria Penang bagi kategori MINI Cooper, Michael John dari Wheelcorp Premium bagi kategori MINI Cooper S dan Victor Tan Wei Teck dari Auto Bavaria Ara Damansara bagi kategori MINI JCW.

Akhir sekali, anugerah Pusat Pengedaran Terbaik MINI menyaksikan Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang diiktiraf bagi kategori MINI Cooper, Jayden Liew dari Wheelcorp Premium bagi kategori MINI Cooper S dan Azwan Yahaya dari Ingress Auto Bangsar bagi kategori MINI JCW.

Penasihat Jualan Terbaik bagi Kontrak Terbiaya Tertinggi 2022.

Penasihat Jualan Terbaik bagi Kontrak Terbiaya Tertinggi telah dianugerahkan kepada individu-individu dari portfolio BMW Group Malaysia yang merentasi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad.

Dalam kategori Kontrak Terbiaya Tertinggi BMW, anugerah tersebut telah dimenangi oleh Chua Kok Sing dari Auto Bavaria Ara Damansara, Lee Sok Yee dari Auto Bavaria Damansara telah dianugerahkan dalam kategori Kontrak Terbiaya Tertinggi MINI, manakala Ben Chear dari Chear Motorrad telah dianugerahkan dalam kategori Kontrak Terbiaya Tertinggi BMW Motorrad.

Penasihat Jualan Terbaik bagi BMW Easy Drive 2022.

Penasihat Jualan Terbaik bagi BMW Easy Drive telah dianugerahkan kepada individu-individu cemerlang dalam segmen Perkhidmatan Kewangan. Pemenang anugerah Penasihat Jualan Terbaik bagi BMW Easy Drive 2022 dalam kategori Platinum jatuh kepada Tan Khoi Peng dari Auto Bavaria Sungai Besi, manakala Ungku Danish Akmal bin Ungku Ibrahim dari Auto Bavaria Johor Bahru membawa pulang anugerah kategori Berlian.

Pusat Pengedaran BMW Paling Suportif 2022.

Anugerah Pusat Pengedaran BMW Paling Suportif 2022 telah diberikan kepada Tian Siang Premium Auto Ipoh yang telah diwakili oleh prinsipal pengedar mereka, Tan Ka Kin.

Tembusan Tertinggi bagi Perkhidmatan Kewangan BMW 2022.

Anugerah Tembusan Tertinggi bagi Perkhidmatan Kewangan BMW 2022 – Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang telah diberi penganugerahan ini dalam kategori Platinum manakala Tan Ka Kin dari Tian Siang Premium Ipoh telah diberi penganugerahan dalam kategori Berlian.

Tembusan Tertinggi bagi Perkhidmatan Kewangan MINI 2022.

Anugerah Tembusan Tertinggi bagi Perkhidmatan Kewangan MINI 2022 dalam kategori Platinum telah jatuh kepada Bryan Wong dari Millennium Welt Seremban, manakala Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang telah membawa pulang anugerah kategori Berlian.

Tembusan Tertinggi bagi Perkhidmatan Kewangan BMW Motorrad 2022.

Anugerah Tembusan Tertinggi bagi Perkhidmatan Kewangan BMW Motorrad 2022 telah menyaksikan Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang diiktiraf dalam kategori Platinum dan Gavin Tay dari Regas Premium Auto dalam kategori Berlian.

Anugerah Kelab BMW Vision 2022.

Anugerah Kelab BMW Vision telah mengiktiraf pencapaian individual dalam kegiatan jualan – dianugerahkan dalam kategori Ketua Jualan BMW Premium Selection, dan ia merentasi kategori Perak, Emas, Platinum dan Berlian untuk Penasihat Jualan dan Ketua Jualan.

Di bawah kategori Ketua Jualan BMW Premium Selection, pemenang bagi kategori Penasihat Jualan (Luar Kawasan) ialah Pauline Lim dari Regas Premium Auto, dan Yap Poh Len dari Sime Darby Auto Selection Ara Damansara bagi kategori Penasihat Jualan (Sentral), manakala pemenang kategori Ketua Jualan (Luar Kawasan) ialah Alex Koh dari Sime Darby Auto Selection Tebrau, dan Karyn Ng dari Wheelcorp Premium bagi kategori Ketua Jualan (Sentral).

Sementara itu, kategori Perak bagi Penasihat Jualan telah dianugerahkan kepada Felicia Fong dari Millennium Welt Kuantan dan Muriel Tan dari Regas Premium Sabah, manakala pemenang kategori Emas ialah Lim Yu Yuan dari Lee Motors Auto Care dan Liau Jia Hao dari Seong Hoe Premium Motors. Kategori Platinum dimenangi oleh Wendy Lee dari Millennium Welt Seremban, Saravanan a/l Samykanoo dari Tian Siang Premium Auto Butterworth, dan Louise Lou dari Tian Siang Premium Auto Ipoh, manakala mereka yang muncul sebagai pemenang kategori Berlian ialah Thilagaraj a/l Palanisamy dari Quill Automobiles, Jamie Hoy dari Quill Automobiles, Michelle Chan dari Auto Bavaria Sungai Besi dan Winnie Lim dari Wheelcorp Premium.

Bagi Ketua Jualan, kategori Perak jatuh kepada Theresa Tan dari Regas Premium Sabah, manakala Josephine Tay dari Regas Premium Auto dan Gabriel Koh dari Seong Hoe Premium Motors telah membawa pulang anugerah kategori Emas. Pemenang kategori Platinum bagi Ketua Jualan ialah Wong Kim Kooi dari Auto Bavaria Penang dan Lee Chin Kwang dari Auto Bavaria Johor Bahru. Akhir sekali, anugerah kategori Berlian telah jatuh kepada Ray Law dari Wheelcorp Premium dan Mandy Tang dari Auto Bavaria Sungai Besi.

Anugerah Kelab BMW Excellence 2022.

Anugerah Kelab BMW Excellence telah disampaikan kepada para individu dengan rekod prestasi yang cemerlang dan dianugerahkan mengikut empat kategori pada tahun ini. Perak, Emas, Platinum dan Berlian.

Pemenang kategori Emas ialah Andy Tian dari Auto Bavaria Tebrau di tempat pertama, manakala kategori Perak telah dianugerahkan kepada Woon Choon Yuen dari Millennium Welt Kuantan di tempat pertama. Bagi kategori Platinum, Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang telah merangkul tempat pertama, disusuli oleh Tan Ka Kin dari Tian Siang Premium Auto Ipoh di tempat kedua dan Danny Boey Tong Guan dari Auto Bavaria Johor Bahru di tempat ketiga. Akhir sekali, bagi kategori Berlian, Joe Lee Se Juan dari Auto Bavaria Ara Damansara telah memenangi tempat pertama, dan Muhd Azrul Azman dari Auto Bavaria Sungai Besi serta Choong Chin Seong dari Auto Bavaria Kuala Lumpur masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Anugerah BMW Club 50.

Buat julung kali, Anugerah BMW Club 50 telah dipersembahkan dalam kategori ‘Member of Club 50 2021’ kepada prinsipal pengedar yang telah merekodkan jualan sebanyak 50% dan ke atas mengikut syer pasaran premium bagi negeri masing-masing.

Pemenangnya ialah Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang, Tan Ka Kin dari Tian Siang Premium Auto Butterworth dan Ipoh, Bryan Wong dari Millennium Welt Seremban, Loy Suan Chiow dari Seong Hoe Premium Motors, Dato’ Seri Abdul Razak dari Raza Premium Auto, Woon Choon Yuen dari Millennium Welt Kuantan dan Gavin Tay dari Regas Premium Auto.

-Tamat-


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *