(SEMASA) Bulan Kebersihan Kebangsaan Antabax 2013

Spread the love

Antabax-001

Antabax, rangkaian produk penjagaan diri anti bakteria dan Kementerian Kesihatan bekerjasama 2 tahun berturut-turut untuk memberi kesedaran dan mengubah sikap membasuh tangan di peringkat nasional melalui Bulan Kebersihan Kebangsaan Antabax 2013 yang telah mencapai lebih daripada 7 juta orang pada tahun ini.

Antabax-003

Kempen tersebut dipercayai kekal sebagai kempen kebersihan tangan awam-swasta yang terbesar pernah dijalankan di Malaysia oleh syarikat swasta dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan, MAHEO (Persatuan Pegawai Kesihatan Malaysia) dan Antabax, disokong oleh 40 buah sekolah seluruh negara; dengan penglibatan guru, pelajar dan ibu bapa telah menjaya kempen tersebut.

Menurut Pengurus Besar, Isi Rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd En. Francis Ng, kempen tahun ini memaparkan lebih elemen kreatif untuk memperkuatkan kesedaran mengenai keperluan kebersihan yang bagus.

Antabax-002

“Sebagai sebuah jenama and syarikat buatan Malaysia, Antabax memikul tanggungjawab untuk mengajar rakyat Malaysia mengenai kebersihan dan kami berbangga pelan tersebut berjaya, terutama melalui pertandingan ‘Tepuk Amai-Amai, di mana guru dan pelajar belajar mengenai kebersihan melalui permainan tradisional untuk membantu para penonton belajar dengan lebih baik,” kata En. Ng.

Antabax, telah menjalankan inisiatif bulan kebersihan nasional tahunan yang telah berjalan seluruh negara dari April hingga Ogos 2013.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *