(SEMASA) CANON LANCAR SIRI JELAJAH SELURUH NEGARA EOS R8 MARK II EXPERIENCE TOUR DI KUALA LUMPUR

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2026 – Canon Marketing Malaysia (“Canon”), penyedia penyelesaian pengimejan terkemuka, secara rasmi melancarkan “Created To Explore” EOS R8 Mark II Experience Tour 2026 di Kuala Lumpur. Siri jelajah di seluruh negara ini menghimpunkan jurugambar, juruvideo dan pencipta kandungan bagi memberi mereka peluang mencuba sendiri kamera EOS R8 Mark II yang baru sahaja diperkenalkan.

Program ini bertujuan memberikan peluang kepada komuniti kreatif di seluruh Malaysia untuk mencuba sendiri kamera EOS R8 Mark II. Selain berpeluang merakam gambar dalam pelbagai situasi, para peserta juga dapat menimba ilmu daripada pakar Canon dan pencipta kandungan lain. Dengan memperkenalkan kamera ini di luar acara pelancaran dan memberi peluang kepada pengguna untuk mengujinya dalam situasi sebenar, Canon berharap dapat memberikan inspirasi kepada pencipta kandungan untuk meneroka perspektif baharu, mengembangkan kreativiti serta mempertingkat kemahiran mereka dalam fotografi bingkai penuh dan penciptaan kandungan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Masato Yoshiie berkata,

“Pada masa kini, fotografi dan penceritaan bukan sekadar merakam apa yang kita lihat. Sebaliknya, kedua-duanya menjadi medium untuk berkongsi idea, perspektif dan pengalaman dengan orang lain. EOS R8 Mark II mencerminkan komitmen kami untuk memberikan kebebasan dan keyakinan kepada jurugambar serta pencipta kandungan agar mereka dapat meneroka kreativiti masing-masing. Berpandukan falsafah Kyosei kami, iaitu hidup dan bekerjasama demi kebaikan sejagat, Canon terus komited untuk menyokong komuniti kreatif Malaysia serta membuka lebih banyak peluang kepada pencipta kandungan untuk mengembangkan kemahiran mereka. Inilah semangat di sebalik Experience Tour ini.”

 

Ketua Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej Canon Marketing Malaysia, Edward Chang berkata,

“Cara pencipta kandungan menghasilkan karya sentiasa berubah. Bagi Canon, ini bermakna kami perlu terus mendekati komuniti kreatif, memahami cara mereka berkarya serta mencari pendekatan yang dapat menyokong perkembangan mereka. Selain memperkenalkan ciri-ciri kamera ini, kami mahu para peserta melihat sendiri prestasi EOS R8 Mark II dalam pelbagai situasi penggambaran serta memahami bagaimana kamera ini dapat memenuhi keperluan dan gaya penciptaan kandungan masing-masing.”

Acara di Kuala Lumpur menampilkan sesi perkongsian oleh Pakar Canon EOS, Marcus Choo; pencipta kandungan, ZY Cheng; dan Canon EOS Master, Johnson Wee. Mereka berkongsi maklumat produk serta pengetahuan dan pengalaman dalam bidang fotografi, videografi dan penciptaan kandungan. Para hadirin turut berpeluang mencuba kamera EOS R8 Mark II di lima ruang penggambaran yang disediakan khas, merangkumi persembahan seni grafiti secara langsung, sesi fotografi potret bersama model, persembahan tarian, Muay Thai dan aksi papan selaju. Setiap ruang direka untuk membolehkan peserta mencuba pelbagai teknik penggambaran, daripada fotografi potret hinggalah merakam subjek yang bergerak dan aksi pantas. Aktiviti ini memberikan peluang kepada peserta untuk meneroka keupayaan kamera dalam pelbagai situasi penggambaran sebenar yang dinamik.

Selain sesi praktikal, Canon turut menganjurkan pertandingan fotografi “Created To Explore” sempena acara utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching. Para hadirin dijemput berkongsi foto yang dirakam menggunakan EOS R8 Mark II sepanjang acara berlangsung, di samping memberikan maklum balas mengenai kamera dan program tersebut. Pertandingan ini memberikan peluang kepada peserta untuk meneruskan penerokaan kreativiti selepas acara, sekali gus menggalakkan mereka menampilkan perspektif tersendiri menerusi hasil karya masing-masing.

Selepas Kuala Lumpur, siri jelajah “Created To Explore” akan diteruskan di Pulau Pinang pada 31 Oktober 2026 dan Kuching pada 7 November 2026. Program ini turut mendekati komuniti fotografi yang lebih luas menerusi penganjuran bengkel di Kedah, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuantan sepanjang Oktober dan November 2026. Menerusi inisiatif ini, Canon berhasrat memperkenalkan teknologi pengimejan terkini serta berkongsi kepakaran kreatifnya dengan lebih ramai penggiat fotografi di seluruh negara.

Peserta juga berpeluang membeli kamera EOS R8 Mark II di lokasi terpilih serta menerima cenderahati eksklusif. Perkhidmatan pembersihan kamera dan kanta Canon secara percuma turut disediakan.

Yuran penyertaan untuk “Created To Explore” EOS R8 Mark II Experience Tour 2026 ialah RM35 seorang. Penyertaan adalah terhad dan tempat disediakan berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Untuk mendapatkan jadual terkini, maklumat mengenai lokasi dan pendaftaran, sila layari https://my.canon/en/consumer/event/eosr8markii-experience-tour-2026/detail. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan perkembangan terkini, sila layari laman sesawang Canon Malaysia atau ikuti Canon di Facebook dan Instagram.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *